Monday, June 29, 2009

Hasil hunting yang tak dirancang

Salam semua. Dah lama tak buat N3 kan? Bukan apa akhir2 ni sibuk sangat di sekolah dan ditambah lagi dengan musibah yang melanda keluarga kami. Hari ini aku tidak pergi mengajar kerana migrainku datang lagi. Sakitnya hanya Tuhan yang tau. setelah agak redah sedikit aku pun memandu menuju pekan Tuaran untuk ke klinik panel kami. Biasanya klinik di Pekan Tuaran ni tak ramai orang datang sebab tu aku suka ke sini. Tapi petang ni lain pula, klinik tu penuh dengan student2 yang nak buat medical check-up. Memandangkan giliranku lama lagi aku pun masuklah kedai apek yang ada dekat situ. Tak sangka pula kali ni nasib ku sangat baik. Mula2 aku jumpa pinggan bunga padi pada sebiji ( hari tu aku dah beli 2 biji) bersebelahan ngannya pula aku nampak pinggan bujur kangkung 4 musim 2 biji (hari tu tak ada pula). Aku tak puas hati, aku tanya apek tu, "ada lagikah?". Apek tu kata, "itu macam sudah habis, ada lain maukah?". Aku macam tak percaya bila apek tu bawa keluar harta2 karun ni. Jom tengok ramai-ramai ye. (Sorry belum sempat sental, migrain datang balik, tadi kat kedai apek tu hilang pula)
Itu ajelah untuk kali ini. Nanti aku akan tunjuk versi yang dah disental pula ye. Wassalam....
*Kak Azah & Kak Itajeff cepat2 pergi tau, nanti melepas pula coz apek tu kata sudah ada dua tiga orang yang datang cari pinggan2 lama ni (nampaknya kita dah ada saingan di sini)*

Sunday, June 28, 2009

Tag dari Kak Azah

1. Copy badge "2008 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.Ok dah copy....
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)
Tag ni saya terima dari Kak Azah. Kenal kak Azah melalui alam blog. Tak pernah jumpa walaupun sama2 tinggal kat area Kota Kinabalu. Harap satu hari nanti dapat pegi hunting sama2 dan ajak Kak Itajeff sekali.Terima kasih Kak kerana sudi tag saya. 10 fakta/hobi diri saya:
1. Fakta yang pertama ialah saya ni memang malas menulis so jangan hairan ye kalau tag saya ni begitu ringkas sekali.
2. Saya seorang guru Matematik di sebuah sekolah menengah di pinggir bandar Kota Kinabalu.
3. Dilahirkan pada 19.11.1974 di sebuah rumah kecil yang terletak di tepi sungai Inanam.
4. Sebagai seorang guru Matematik hobi saya ialah mencari formula2 penyelesaian Matematik. (kalau dah dapat sampai pagi tak tidur, asyik dok 'mengetest' formula tu)
5. Sebagai seorang wanita,hobi saya tak lain dan tak bukan ialah bershopping. Shopping tak kira di mana, di gedung membeli-bela ke, di kedai2 runcit ke, di tamu2 (pasar minggu) ke dan yang terbaru ni tempat shopping kegemaran saya ialah di kedai apek2 tua.
6. Sebagai seorang surirumah tangga pula, hobi saya menghias rumah. Pantang nampak barang yang cantik mesti beli dan sumbat dalam rumahku yang kecil ni.
7. Minat ngan English deco sejak dari kecil lagi. Dulu kalau jumpa buku-buku yang tunjuk gambar perhiasan2 rumah mat salleh mesti belek berulang kali sambil berangan.
8. Minat ngan barang2 lama pun memang dah lama tapi 'terstop' sekejap. Tapi sekarang ni cinta tu dah berputik semula, semakin membara dan menyala-nyala.
9. Seorang yang sangat simple hingga adakalanya pegi sekolah pun tak pakai bedak.
10.Tak tau apa nak cakap lagi tentang diri ini. Cukuplah ye. Tq
saya serahkan tag ini seterusnya kepada:
* Kak Azlina (kakakku yang sentiasa memberi nasihat dan kata2 semangat yang sangat aku hargai)
* Kak Itajeff ( antara penggemar barang antik dan English deco yang kukenali melalui alam blog yg ada di Sabah ni)

Friday, June 19, 2009

Lambang Kasih Seorang Bapa

Selamat pagi dan salam sejahtera semua. Di pagi hari penghulu segala hari ini ingin ku kongsi bersama koleksi kesayangan bapa . Bapaku bukanlah penggemar barang-barang lama seperti kita, tetapi set Dumex ini sungguh bermakna buatnya kerana ia mengingatkannya kepada arwah kakakku. Arwah kakakku dilahirkan sebagai anak istimewa. Semasa kecil arwah hanya bergantung kepada susu sahaja untuk meneruskan hidup dan sedikit bubur nasi. Sehingga ke akhir hayatnya arwah kakakku hanya mau makan nasi dengan kuah semata-mata. Arwah kakakku meninggal semasa berusia 15 tahun. Masih terbayang jelas di mataku kesedihan bapaku ketika itu walaupun pada masa itu aku baru berusia 12 tahun. Berbulan lamanya bapa berulang alik menziarahi kubur arwah kakakku, hampir setiap hari. Padanya terlalu banyak suka duka dan susah senang yang dilalui bersama arwah kakakku yang sukar dia lupakan. Bapaku seorang ayah yang penyayang. Perhatian dan kasih sayang bapa kepada kami (empat beradik, semuanya perempuan) tidak pernah berubah walaupun kami sudah mempunyai keluarga masing2. Pipi kami masih lagi dikucup seperti ketika kami kecil dahulu setiap kali kami bersalam dengan bapa. Aku tidak dapat membayangkan kalau suatu ketika nanti kami akan kehilangan bapa, kerana kehilangan suaranya pun berbulan-bulan lamanya aku berada dalam kesedihan.(Peti suara bapa telah dibuang kerana ada ketumbuhan). Sukar untuk aku menerima hakikat bahawa suara yang telah kudengar dari kecil, sudah tidak kan lagi aku dengar. Namun ketabahan bapa memberi kekuatan kepada kami. Bapa seolah-olah tidak merasa kekurangan yang ada pada dirinya. Kini bapa telah boleh bercakap dengan menggunakan alat khas yang ditempah dari US. Walaupun tidak dapat bersuara seperti dulu tetapi sekurang-kurang bapa dapat berkomunikasi dengan baik menggunakan alat itu. Kadang-kadang percakapan bapa menjadi gurauan kepada cucu2nya, "suara bapa macam robotlah"(semua cucu2 bapa memanggil bapa dengan panggilan bapa). "Selamat Hari Bapa" kepada ayahku, Awang Hj Juali semoga Allah memberikan kesihatan yang baik dan menyayangi bapa sebagaimana bapa menyayangi kami". Amin

Wednesday, June 17, 2009

Koleksi Miniture

Salam dan selamat sejahtera semua. Kali ni aku nak kongsi bersama koleksi minitureku pula.(blm ada lagi hasil hunting yg nak dikongsi). Sebenarnya set2 miniture inilah merupakan decoration ala Inggeris yang mula2 aku miliki. Jom tengok sama2 ye.....
Mini plate Riccardo ni sudah lama kubeli dari satu2nya kedai yang menjual dekorasi ala Inggeris yang ada di Kota Kinabalu pada masa itu. Aku beli sekali dengan holder kerana tertarik dengan cara display di kedai tu
Mini Tray ini juga dari jenama Riccardo dan dipadankan dengan bekas letak cincin yang tak ada jenama. Sesuaikan....
Mini teaset ini merupakan set miniture kesayanganku kerana ianya hadiah daripada my beloved husband. Yang ini juga dari jenama Riccardo Italy.
Dua set miniture teaset di atas ni tak perlulah diperkenalkan lagi. Rasanya semua orang dah tau kan? koleksi dari vantage ni aku beli beberapa tahun yang lalu. Masa tu harga dia masih murah jika dibandingkan dengan sekarang.
Yang ini pula set yang terbaru yang aku beli. Juga dari jenama Riccardo. Sebenarnya set ni belum lengkap lagi tapi dah terlebih budget bulanan so ini jelah yang termampu.
Oklah setakat ni jelah hari ni. Aku pun dah mamai2 ni(mengantuk), sorilah klu ada yang tersilap type ye..selamat malam

Tuesday, June 16, 2009

Koleksi Pelitaku

Salam semua. Semenjak dua menjak ni banyak pula N3 pasal pelita. So kali ni aku pun nak kongsi sama koleksi pelitaku yang tak seberapa. Jom layan...
Pelita atas ni aku dapat dari sebuah kedai lama. Ada dua biji je yang tinggal tapi aku ambik sebiji je coz yang sebiji lagi tu dah tak ada chemeni. Mulanya nak biarkan macam tu je coz suka tengok bentuk chemeninya yang unik dan kaca tempat minyaknya yang berwarna coklat jernih tapi bahagian letak sumbunya dah karat dan tak suka tengok gambar 'amoi' kat tempat penyangkutnya. Maka terpaksalah dimakeoverkan(spray putih dan tampal decal cottage house). Cute jugakan? Ala-ala Inggeris gitu...
Pelita ni pulak aku ada dua biji. Sebiji masih dalam keadaan asal dan sebiji lagi aku dah bedakkan putih dan eye shadowkan ngan decal. Amacam cun tak dia?
Pelita yang ni pun aku jumpa kat kedai lama. Suka tengok bentuk chemeninya yang berbiku-biku tapi takut tengok gambar amoi kat bahagian penyangkutnya.(kawan aku kata amoi tu tentu dah lama mati). So aku spray putih gambar amoi tu dan tampal ngan decal. Ok jugakan.
Yang ni pulak aku dah bedakkan habis satu badan dan tampal ngan decal STP. Nampak romantik gitu.... Pelita merah dua sekawan ni aku dah beli dua kali coz yang pertama kali beli tu pecah pula sebiji jadi tak boleh nak gantung sebab dah tak seimbang. Aku tak puas hati, aku beli lagi sekali dan pelita yg tak ada kawan tu dah ada dua kawan pula.....
Pelita merah ni beli dari kedai yang sama ngan kedai pelita dua sekawan tu. Sebelum ni aku pernah nampak pelita ni yang kaler hijau (harganya RM4.90) tapi tak beli. Menyesal betul aku coz bila aku pegi balik kedai tu pelita tu dah tak ada. Aku tak puas hati aku tanya ngan taukeh kedai tu, frustnya aku bila taukeh tu kata, "sudah habisjual mah" .

Friday, June 12, 2009

Pinggan Bunga Biru

Salam semua. Kali ni aku nak kongsi cerita tentang pinggan berbunga biru pulak.
Add Image
Pinggan ni aku jumpa di kedai lama Pekan Tanjung Aru. Ada lima biji tapi satu je yg masih baru yang lain tu ada kesan retak seribu. Mula-mula nampak ingatkan bunga dahlia biru. tapi rasanya seangkatan dengan bunga dahlia biru dan kekwa biru, coz cop di bawahnya sama.(Sesiapa nak barter dgn pinggan dahlia biru bagi tau ye)
Yang ni pulak aku dapat tangkap gambar je. Hari tu pegi rumah kawan lama nampak pulak
pinggan ni. Dia pun ada sebiji je kalau tidak tentu dia bagi satu. Pinggan ni penuh nostalgia kepada kami sebab dulu kami selalu gunakan pinggan ni sebagai bekas pencicah mangga. Klu ada sesiapa nak jual pinggan ni inform saya ye.

Hasil 'hunting' ku di Pekan Tuaran

Salam semua. Pagi Selasa yang lalu aku memandu seorang diri ke Pekan Tuaran(setakat ni blm ada kawan2 ku yang terjebak ke 'lembah antik' ni lagi). Sasaran ku ialah kedai-kedai apek tua yang masih ada di pekan tu. Kali ni kalau tak dapat juga aku nak ambik gambar apek2 dan nyonya2 tua(antik ape..) kedai tu dan jadikan n3 dalam blog ku ini. Tapi rupa2 huntingku kali ni tidak sia2 coz adalah beberapa biji pinggan lama dan sebiji teko yang telah dipancung Jepun(tak ada penutup)aku dapat pada hari. Jom tengok ye...
Pinggan ni aku dapat dengan harga RM2.50 sebiji. Ada banyak lagi kat kedai tu tapi aku ambik 2 je.
Pinggan ni pulak dapat dari kedai yang lain ngan harga RM3.50. Pinggan ni tak berhabuk masa aku jumpa itu pasal apek tu jual mahal sikit. Ada lima biji je yang tinggal tapi aku ambik 2 juga(menyesal pulak rasanya)
Pinggan leper kecil ni ada banyak lagi kat kedai tu. Bunga dan rim keemasannya masih terang lagi dan tepinya pula berbiku2. Yang ni aku dapat Rm1.50 sebiji.
Pinggan mungkum (btl ke istilah yg aku guna ni?)kecil ni aku dapt ngan Harga RM2 je. Ada banyak lagi tapi aku ambik 2 biji je setiap satu. Rasanya nak pegi beli lagilah sebelu apek tu naikkan harga. Suka tengok rimnya yang masih berkilau dan berbiku2.
Pinggan leper bunga kangkung ni pula aku dapat dalam dua saiz, 8" dan 6".
Pinggan leper ni agak besar juga(lebih kurang 12"). Ada sebiji je yang tinggal. Apek tu jual RM5. Suka tengok bunga ros merah jambu kat pinggan tu.
Inilah satu-satunya teko yang aku dapat hari tu. Walaupun tak penutup aku ambik juga coz bunga dan rim emasnya masih terang dan berkilau lagi.
Itu ajelah rezekiku hari tu. Nampaknya mabuk pingganlah rumah kecilku nanti
Related Posts with Thumbnails

putera puteriku