Salam semua. N3 kali ini ialah sambungan kepada hasil hunting yang tak dirancang hari tu
Masa pegi dulu aku dapat lima biji cawan kopi tiam tanpa piring dari kedai apek tu. Apek tu kata cawan tu memang tak ada piring. Aku tak puas hati coz bila aku bandingkan cawan tu ngan piring yg aku jumpa kat rumah dua pupuku tempoh hari, bunga dia memang sepadan. so sehari selepas tu aku pegi lagi kedai apek tu. Kali aku bertekad kalau apek tu malas nak selongkar stornya aku tolong dengan rela hati. Hasilnya memang tidak mengecewakan, aku dapat sebiji lagi cawan dan enam biji piring. Aku ingatkan apek tu kira sekali ngan cawan yang aku bayar rm2 sebiji tu tapi rupanya dia kira harga lain rm1.50 sebiji. Yang bestnya masa selongkar stor tu aku jumpa lagi pinggan bunga biru macam yang aku jumpa kat Tanjung Aru tempoh hari. Kali ini aku ambik banyak pinggan tu, manalah tau ada kawan-kawan yang nak barter ngan pinggan dahlia biru(sampai hari tak jumpa2 lagi pinggan bunga dahlia biru tu).
Akhirnya cawan2 ni bertemu semula dengan pasangan masing2 kalau tidak menjandalah diaorang tu.
Pinggan bujur kangkung 4 season ni aku dapat semasa kali pertama pegi. Ada dua biji saja yang tinggal so aku ambik semua (sori ye kak Azah & Kak Ita). Aku suka tengok rim emas pada pinggan ni yang tebal dan berkilat.
Piring kuih bunga biru ni apek tu bagi RM2.60 sebiji( harga asal RM3.20). Yang ni pun aku ambik banyak so kalau ada kawan2 yang nak barter bagi tau ye.
Pinggan bunga terung ni aku ambik banyak juga sebab rasanya pinggan sesuai untuk makan mi kari atau laksa hari raya nanti. Pinggan ni rasanya seangkatan dengan pinggan bunga biru dan pinggan bunga dahlia yg jumpa di rmh kawan lama dulu, coz cop mohor di montotnya sama.
Pinggan bunga biru yang aku jumpa kali ni masih baru dan tidak ada kesan retak seribu seperti yang aku jumpa sebelum ini. Masa mula-mula nampak pinggan ni yang diselaputi habuk aku sangkakan pinggan dahlia biru rupanya masih belum ada rezeki nak jumpa pinggan tu lagi. Pinggan ini pun aku ambik banyak so kalau ada sesiapa nak barter bagi tau saja.
Selain daripada pinggan-pinggan ni aku juga dapat pinggan makan bunga kangkung(lupa nak ambik gambar). Kali ni aku ambik banyak coz nak guna untuk hidang makanan masa hari raya nanti. Nampaknya tetamu -tetamu yang datang ke rumahku hari raya nanti akan dijamu dengan pinggan-pinggan lama ni. Rasanya kalau ada tetamu yang tak tau menilai pinggan2 lama ni tentu akan hairan dan menyangka aku dah jatuh miskin sampai tak ada duit nak beli pinggan baru. Tapi apa pun tanggapan orang aku kisah. Miskin pun, miskinlah yang penting aku bahagia.
Tak gitu ?
9 comments:
Salam..
wahh...ryana menghunting betul bah dia hehehe. Piring bunga kangkung 4 season tu sy sudah ada, dpt di Tuaran jg, mgkin yg ryana dpt tu peninggalan sy la tu, sbb ingat hari tu mmg tinggal 2 ja lagi..hehe.
kalau dah suka tu.. sanggp buat apa saja kan...
* nasib baik kek e tak tersampuk penyakit bahaya ni heheheheh :p
Salam..
Siapa sangka 'harta karun' yg serba berdebu n kotor segala..Bila da cuci..Naek terus seri nya..
salam k.ryana..dah tak senang duduk apekkkss sekarang nie..ada jer yg nak menerjah..esp muka2 kita nie..hahahaha...
best la kalau selongkar2 ni dan dapat pula apa yang kita hajati.....salam perkenalan
ryana..ala nak nagis akak tgk..akak blm pegi Tuaran lagi..sedih2
salam ryana...
akk dulu tersampuk jga kumpul pggan lama ni skrng dah krg dah...bugdet dah lari...tgk2 kekawan pnya ckp lah...
Salam kak Ita.
Rupanya akak dah jumpa dulu kedai tu ya. Bnyak pendapatankah kak?
Salam Kak e.
Hati2 jgn smpi trsampuk klu dah trsmpuk maknanya "no way out"lah
Salam Sarisam.
Kalau masuk kedai apek,memang pinggan brdebulah yang dibelek dulu.Knapa ya?
Salam Yatt.
Memang sekarang ni apek2 tu dah glamour mengalahkan artis di mata kita.
Salam perkenalan Hanis
Memang best Hanis mcm dapat emas seguni.
Salam Kak Azah.
Jangan nangis bnyk lagi kat dalam stor apek tu.
Salam Kak Azlina
Setakat beli di kedai2 apek tu blhlahlagi kak tapi kalau nak beli dr kdi brg antik tak snggup juga kak coz hrganya blh mmbuatkan budget lari.
Ryana..lepas baca blog ni kelmarin, akak terus p Tuaran..hahaha..nnt akak story mory dlm n3 seterusnya..tak sabar ni...heheh
Post a Comment