rumah sewa hubby di sini tak ada apa2, sekadar untuk tinggal saja sebab kalau kami tak ada
di sini tiap-tiap hujung minggu hubby balik KK. Kalau di rumah sendiri boring2 boleh juga
mengelap habuk pada koleksi pinggan mangkuk yang ada. Jadi untuk hilangkan kemaruk, aku pun tolonglah apek2 dan nyonya2 di sini bersihkan pinggan mangkuk yang dah berhabuk kat kedai diaorang tu. Jadi inilah antara hasilnya..
Turin Dumex ni aku dapat di kedai ubat cina secara tak sengaja. Masa tu aku haus sangat selepas keluar dari sebuah apek yang tersangatlah panasnya. Tokeh kedai tu (juga seorang apek) kata turin ni hadiah beli susu anak2 dia dulu dan tak pernah guna. Sebenarnya ada dua jenis turin dumex yang aku dapat di sana tapi malas nak bongkar dalam kotak. Buat masa ni aku tunjuk yang ini dulu coz yang ini aku dah ada, jadi kepada sesiapa yang berminat nak barter(sayang nak jual) bagitau ya...
Turin bunga bakul ni aku dapat sebiji saja jadi tak bolehlah nak barter. Ada kesan retak sedikit pada penutup tapi aku ambik juga sebab harganya murah sangat (RM10).
Dua teko di atas ni aku dapat beberapa biji ,jadi bolehlah aku barter atau jual dengan sesiapa yang berminat. Selain teko2 ni aku jumpa lagi lubuk teko enamel kuning besar macam hari tu yang lebih banyak dan murah. So kepada sesiapa yang berminat sila sms sementara aku masih di sini.
Teko Bunga Bakul
Harga: RM20
Teko Labu
Harga: RM15
No comments:
Post a Comment