Monday, January 4, 2010

Free Gift From Apek

Salam dan selamat malam, rakan2, kakak2, abg2 dan adik2 sekalian. N3 kali ini agak berlainan sedikit, tetapi masih lagi berkisar tentang barang lama. Walaupun tak lama sangat tapi mungkin dah sebaya denganku. Tanggapan pertamaku masa mula2 bercakap dengan apek tu ialah, apek tu sombong dan kedekut, sebab aku tanya pun dia buat tak layan je, dah lah tu barang2 kat kedai dia pun agak mahal. Tapi bila aku memborong barang2 di kedai tu, tiba2 pula dia jadi peramah dan baik, tapi masih lagi kedekut sebab dia bagi kurang sikit je. Alasan dia harga yang tertera tu harga lama kalau ikut harga sekarang, jauh lebih mahal. Walau pun begitu, dalam kedekut2 apek tu sudi pula dia memberiku 'special gift' ini.
(Tulisan pada kotak menunjukkan permainan ini di keluarkan oleh Parker Brother, Universal Studio,1975)
Tentu kakak2, abang2 dan rakan yang sebaya dengan ku masih mengingati watak 'Steve Austin' dalam cerita The Six Million Dollar Man. Cerita ni memang menjadi cerita kegemaranku sewaktu aku kecik dulu sehinggakan kalau aku tidur pun mak akan bangunkan jika cerita ini sedang dimainkan di tv, sebab aku akan menangis jika terlepas menonton cerita ini. Oleh itu pemberian apek ini begitu menggamit perasaan ku ketika zaman kanak2 ku dulu.Walau bagaimanapun seingat ku, aku tak pernah main permainan ni. Apa yang ku tahu waktu kecik2 dulu, kami bermain ikut musim, ada musim main ten-teng, musim main galah panjang, main biji getah dan yang paling aku suka sekali kalau tiba musim hujan, main tangkap ikan puyu (org Sabah panggil ikan 'karuk') dalam parit. Indahnya zaman tu jika dikenang kembali...
(kotak yang dah kuning dan berkulat)
(semua komponen2 permainan ini masil lagi lengkap dan sempurna)
Pemberian apek ini juga mengingatkan aku kepada permainan 'Monopoly' yang dijumpai oleh sepupuku semasa kedai papan lama di Pekan Inanam di robohkan untuk diganti dengan kedai baru.Itulah pertama kali kami dapat bermain dengan permainan yang agak moden ketika itu. Yang lucunya semasa dijumpai banyak 'duit' yang hilang, oleh itu sepupuku mengambil inisiatif menggantikannya dengan *'duit cina mati' yang juga dijumpainya di sana. Geli hatiku bila mengingatkan kembali kisah tu, sedih pun ada juga, "daif juga kami semasa kecil dulu...huhu"
* replika duit yang dibakar untuk dikirimkan pada si mati

No comments:

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku