Salam semua. Setelah menyaksi kelembutan set bunga-bungaan, mari kita saksikan pulak koleksi yang
nampak brutal ni.Inilah dia binatang peliharaan yang ada di rumahku. Sebenarnya kat rumahku tidak ada seekor pun haiwan peliharaan kerana dua orang anakku alah kepada bulu binatang terutama kucing (asma). Tak dapat pelihara kucing, pelihara naga ni pun jadilah.
Sebenarnya masa beli naga2 ni aku langsung tak suka, tapi oleh kerana aku tau set ni mahal di pasaran antik aku pun beli juga, bukannya mahal pun apek tu jual kat aku. Tapi tak tau macam mana aku terjatuh cinta pula pada2 naga yang pada awalnya nampak ganas di mataku.(kiranya cinta selepas kahwinlah ni hehe..). Betul kata orang, kalau dah cinta semua pun nampak indah, yang ganas pun dah nampak manja...
Dua set cawan dalam 2 kaler yang berbeza. Yang kaler biru tu ada sebiji piring duda. Cawan2 ni pun spesies geisha juga.
Nampak serasi pulak digandingkan dengan pelita naga dari negara yang sama( Japan)
Sugar pot rona keemasan ni pulak kacukan naga dan burung pheonix. Menurut kata apek tu,set ni popular sebagai hadiah perkahwinan masyarakat China dulu2.
Itu sajalah yang dapat aku ceritakan tentang naga2 peliharaan ku ini.
Wassalam...
4 comments:
Salam Ryana...
kak suka koleksi naga ni, biarpun brutal tp nampak classic betul..esp yg pink tu..tergoda i!!..kak ada jg tp yg color hijau muda, hadiah kawin parent dulu, sdh lebih 40 thn umurnya...kira antik lah tu kan hehehe...
Salam Ryana,macam dah kena betullah posing gambar naga nie pasal nak dekat tahun baru cina. Gong xi fatt chai..(Tapi tahun nie tahun ape yer..)
Salam Kak Ita.
Itulah kak nampak je brutal tapi kalau pandang lama2 nampak manis pula hehe..Untunglah akak dapat set tu, memang antik tu kalau kedai antik yang jual mau beribu2 lemon hrga dia..
Salam Sharif.
Ini memang n3 sempena raya cina ni hehe..Tapi tahun ni tahun rimau(tahun kelahiranku)bukan tahun naga..
Post a Comment