Monday, March 22, 2010

Assorted JB (Johnson Brothers)


















Salam dan selamat pagi Isnin semua. Setelah bercuti panjang selama seminggu maka hari ini bermula tugas-tugas harian seorang guru seperti aku. Oleh kerana aku bertugas sebelah petang sempat juga aku berblogging sekejap. N3 kali ini aku nak kongsi sedikit lagi koleksi JB yang ada di My Little House ini.












Set Road to Windsor.
Jumpa di kedai apek, masih dalam kotak yg asal. Terdiri daripda sekeping pinggan kek dan 6 keping piring kuih. Tak taulah keluaran tahun berapa tapi kalau dilihat pada kesan retak seribunya, agak lama jugalah.












Set WaterMill. 4 biji salad bowl 5". Juga dari apeks.






























English Country Life. Sebiji piring kuih 6". Apek mali jugak.



















Sebiji pinggan makan Khyber. Dalam banyak2 JB ku yang ini palingku sayang sebab dahlah cantik dapat free pulak tu hehe....Pinggan ni pemberian seorang rakan maya. Tak perlulah ku sebut namanya sebab abang ni seorang yang low profile katanya....Tq yg tidak terhingga pada abang tu kerana sudi memberikan pinggan warisan bondanya ini padaku.

Itu sajalah untuk kali ini. Kepada rakan2 yg sebidang dgnku, selamat kembali ke sekolah....

5 comments:

Shariff64 said...

Salam Ryana..Bila kwn tengok Farm Mill dari JB nie,alangkah bertuahnya dapat memilekinya..terlalu cantik & expensive.Bertuah ryana. Lagi satu menjadi tandatanya sya boleh dpt di kedai apeks barang2 sebegini.Tahniah.

Teratak Rohas said...

salam ryana,
wah cantiknya koleksi JB ni....beruntung awak sbb dpt pgn2 macam ni di kedai apeks. bertuah sungguh! memang cantik sangat.....

LiTtLe^m3 said...

haih.. lepas ni saya balik sabah nak cari barang kat kedai apek, apek akan ckp, "dh x der brg la ni.. satu amoi cantik sudah angkut semua.. tlg gua bersihkan stor :D"

~Yatt~ said...

salam kak ryana..
adusss..jeless bangettt sis..lawa2 pinggan2 trasnferware JB tu..kalau sy jumpa kat apekss sini pun sy borong..syabasss akak..mesti dok tersenyum lagi tu..hehe..

Ryana said...

Salam bro Shariff,
Saya pun sampai sekarang tertanya2 macam mana set ni ada di kedai apet tu hehe...Mungkin dah memang rezeki saya agaknya. kalau beli melalui ebay tak termampu dek saya..

Salam kak Rohas,
Terima kasih kak.masuk kedai apek ni ikut nasib juga kak. kadang2 jumpa brg2 yg kita tak sangka nak jumpa. kadang2 tu langsung tak dpt apa2 pun..

Salam Baitih,
Pembetulan dik, bukan amoi cantik tapi asau yg tlg bersihkan stor apek tu hehe...

Salam Yatt,
Betul kata Yatt tu, sampai sekarang pun akak akan tersengih sendiri bila terkenangkan saat indah bersama apek dan pinggan2 JB nya ini hehe...

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku