Salam dan selamat malam semua. kali ni aku nak perkenalkan penghuni rumah teres dan rumah pangsa yang kubina khas untuk menempatkan koleksi2 kesayanganku.
Tiga blok rumah teres ini dihuni oleh keluarga teko kangkung dan keluarga OC. Dua blok dikuasai oleh keluarga besar teko kangkung (hari tu dah buat n3).
Inilah dia jiran kepada teko2 kangkung tu. Keluarga OC yang terdiri daripada 3 teko, 3 sugar pot dan 1 creamer jug. Keluarga ini mendapat keistimewaan untuk tinggal di rumah ini kerana mempunyai 2 ahli kelurga yang OKU (ingat tak lagi 2 sugar pot pekak sebelah pemberiaan nyonya hari tu hehe...). Perihatin dengan nasib malang sugar pot tu, Yatt dengan rela hati telah mengirimkan ibu mereka masing-masing. Tq Yatt. Psst: akak tengah usaha cari tukaran untuk si ibu yg satu tu.
Rumah pangsa ini pulak menempat teko2 ibu tunggal yang ada dirumahku ini. Tingkat yang di atas sekali tu dihuni oleh teko bunga lawang dari Kak Sue. Tingkat yang seterusnya diduduki oleh teko bunga kekwa kuning dari Kak Aton. Diikuti oleh teko single rose dari Tasha, teko kekwa merah dari Yatt, teko kangkung tangkai dari Ezany dan teko jalur bunga pink dari Apek. Sebenarnya ground floor rumah pangsa ini dihuni oleh teko bulat bunga bakul pink tapi dia malu nak tunjukkan diri kerana kecacatan yang terdapat pada mulutnya(sumbing).
Sekian dulu untuk kali ini. Semoga berjumpa dilain n3, wassalam..
12 comments:
salam ziarah ryana...,
cantik betul rumah pangsa tu, isi rumah tu lg cantik2 belaka...dah byk koleksi awk ya...
salam kak ryana...
Wowww!!!..terpegun saya, lawaaa kak style susunan akak tu...
salam. ni kak Ana kan? Tq kak, koleksi akak apa kurangnya..
salam mat.
tq.lepas ni akak tak tau nak susun mana lagi. rumah teres & rumah pangsa tu pun dah penuh hehe....
salam ryana...wowww hebatnya rumah2 dan penghuni itu ...bertuah mrk dpt tuan yg beruwang..selesa dan catik tenpat tinggalnya
Urmm..selesa la penghuni rumah2 tu ya...he..he..
Salam...
cantiknya...suka kak tgk...:-)
salam kak nor.
tq. tuan diorang tu bukannya beruwang sangat pun. kos buat rumah diorang tu murah je, harga kwn2lah katakan hehe...
salam kak chah.
diorang tu selesalah, tuan dia yg makin lama makin tak selesa (dihimpit dek brg2 tu semua, tapi tak insaf2 lagi hehe...)
salam kak.
tq. rumah dan koleksi akak apa kurangnya(nampaknya kena buat rumah di kampunglah kita ni nanti, ndak muat sdh bah! hehe...)
Salam Tahniah Ryana atas kejayaan menempatkan penghuni2 ini dirumah pangsa yg sesuai dgnnya.Shariff kagum dgn kcantikan susunan ryana. Tentu letih menghias tapi hati tertawan, yer tak..Syabas.
salam sharif
tq.memang letih menyusun lebih2 lagi masa nak mengelap habuk pada brg2 tu semua. tapi macam mana letih pun kalau tengok koleksi yg ada rasa seronok. Terapi mindalah katakan hehe..
Post a Comment