Friday, June 4, 2010

My 15th Anniversary

























Salam semua. Semalam merupakan ulang tahun pertama blogku yang kudedikasikan khas buat suamiku sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 14. Ini bermakna semalam juga merupakan ulang tahun yang ke-15 perkahwinan kami. Sudah lama rupanya tarikh keramat itu berlalu namun masih terbayang jelas kemeriahan pada hari itu. Masih terbayang kegembiraan wajah emak dan bapa menerima menantu pertama, masih terngiang2 paluan kompang dan keriuhan saudara-mara  di majlis persandingan kami.Semoga kenangan indah ini akan tetap terpahat kukuh di hati kami dan semoga perkahwinan ini akan dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke akhir hayat kami...Amin...


Thank you dear...

Sometimes I forget to show
the loving thanks I should,
And often can't remember
little things you wish I would..
But I don't need reminding
to remember this is true..
My life is really wonderful
because of loving you

Happy Anniversary

Love,
Raineyana





8 comments:

azah said...

salam ryana..tentu sibuk hunting kat sandakan kan??..kat kedai yg ryana bagitau tu tak dapat apa2 pun..tapi ada la akak beli sikit kat jual pinggan mangkuk yg berdekatan..anyway selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 15..akak tahun ni yg ke 24 tahun..kadang2 sampai terlupa bila anniversary..husband pun tak kisah hal2 gini...aduhh tak romantik langsung..hehehe

NURAZZAH8 said...

Salam Ryana,

lama tak berkunjung ke sini..selalu lalu lalang tak sempat nak menyapa... ni baru nak bernafas sikit... Apa khabar? ni dah cuti sekolah tentu cari peluang nak gi hunting lagi kan?
Akak nak ucapkan Happy Anniversary yang ke 15... semoga perkahwinan Ryana sentiasa di limpahi Rahmat dan Hidayah dari Allah swt ... semoga berbahagia hingga ke anak cucu...Amin

Ryana said...

salam kak azah...
terima kasih kak. betul cakap akak tu,saya dah pegi kedai tu memang dah x ada apa. hari tu bnyk lagi, menyesal tak beli awal2 tureen bunga bakul. kesian ngan sorang kwn tu saya dah janji beli untuk dia tapi bila pegi kedai dah x ada. ramai yg dah pegi hunting kat sana kot.

Ryana said...

salam kak azzah...
khabar baik kak.terima kasih atas doa akak. tengah dok mengintai tempat yg blh nak menghuntinglah ni hehe...saya pun dah lama tak dpt on9.kdg2 tu kalau blogwalking pun tak sempat nak komen atau menyapa. tau ajelah curi2 on9 dr sekolah hehe....

azlina said...

salam ryana...
selamat ulangtahun perkhawinan yg ke 15..semuga rumahtangga ryana sentiasa di dalam rahmat dankasih sayang allah selalu...semuga berbahagia bersama suami dan anak2 hingga ke akhir hayat.

LiTtLe^m3 said...

salam kak.. congratulations.. happy anniversary. agak2 26 June 2010 ada ke KK ke?

Mrs Kelly Walther said...

Salam Kak Ryana
Selamat hari ulangtahun yang ke 15...Semoga sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang....

Ryana said...

Salam kak Ina, Baiti & Kelly..
Terima kasih atas ucapan dan doa. Sesungguhnya saya menghargai setiap ucapan dan doa dr akak dan adik2 dan saya juga mendoakan yang sama untuk akak dan adik2.

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku