Saturday, January 16, 2010

Two Tone Roses Dari Sedenak

Salam dan selamat malam semua. N3 kali ini aku dedikasikan khas untuk CMG kerana kesudiannya melepaskan set ini jauh menyeberang Laut China Selatan. Bunyi hon van Pos Malaysia petang tadi menamatkan penantian penuh debaranku. Selepas menantangani bukti penerimaan aku terus membuka kotak walaupun ketika itu aku sudah bersiap2 hendak keluar rumah. "Alhamdulillah" semuanya selamat. Terima kasih tidak terhingga kepada Mat kerana memenuhi impianku untuk memiliki set ini. Tidak terlintas di fikiranku Mat sudi menawarkan set ini sebagai pertukaran dengan set buluh emas hari tu. Semasa nak barter dengan Mat, aku tidak menetapkan apa2 sebagai pertukaran, jadi bila Mat menawarkan set ini aku sungguh gembira, bak kata pepatah "pucuk dicita ulam mendatang". Terima kasih daun keladi ya Mat, ada rezeki kita barter lagi... Empat set cawan A shape kiriman Mat 6 biji piring kuih yang begitu menawan dengan bibir berbiku emas yang masih tebal dan terang Sekian dulu untuk kali ini. Selamat malam dan selamat menghunting esok pagi....wassalam

2 comments:

ezany said...

wowww..cntik set 2 tonne ni kak..teruskan mengumpul....

Ryana said...

Salam ezany. Baru skarang dpt online. Cntkkan? memang akak semakin smangat nak kumpul dik sbb dah ada org yg tlg akak cari hehe.. tq

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku