Friday, April 30, 2010

Selamat Ulang Tahun Haaziq....






























Demi Allah duhai anakku tercinta...
Kan kulukis kebesaran tauhid
Kucorak sunah Rasulullah
Kulakar jalan lurus ilmu syariah
Kuadun warna-warni ilmu kemahiran hidup
Kuhiasi dengan ilmu hikmah
Untuk bekalanmu bermusafir di bumi Allah ini...

Selamat Ulang Tahun yang ke-9 dari mama yang sentiasa menyayangi dan mendoakan kesejahteraan Haaziq. Harapan mama semoga Haaziq akan menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat..Amin....

Tuesday, April 27, 2010

My Yellow & Pink Roses




















Salam dan selamat malam semua. Dah lama rasanya tak kongsi cerita pasal pinggan mangkuk lama ni. Bukan apa, bak kata rakan2 penyakit "m"dah mula menyerang. Kali ni nak kongsi koleksi Yellow & Pink Roses ku yang tak cukup korum ni .Oleh kerana penyakit "m" dah melanda  maka aku ambik gambar set ni dari jauh je. 6 set cawan A shape ni dapat hasil barter ngan K. Ajmah. Tq Banyak kak.
Psst: klu dah jumpa sedara mara dia yang lain jangan lupa roger2 ya...













Oleh kerana tak beribu maka kucarikan ibu tumpang untuk diorang, si teko Yellow & Red Roses dari Wan Penang.  Tq Wan..

















Dengan kedatangan teko dari Wan tu maka bertemulah sugar pot ni dengan saudara yang sama species ngan dia setelah 9 tahun menunggal. Dapat dari kedai apek. Tq pek...Sugar pot ini merupakan sugar pot ku yang pertama dan antara koleksi antikku yang terawal.































Piring kuih comel berlekuk dan berrim emas yang tebal ni dapat dari adikku yang masih manja walaupun dah jadi ibu hehe....Terima kasih Nyna. 

Sekian dulu untuk kali ini tapi sebelum mengundur diri dengarkan dulu pesanan penaja dariku, "kepada rakan2 yang ingin nak meletgo teko, sugar dan creamer Yellow & Pink Roses ini, ingatlah daku dalam doamu". Wassalam....

Friday, April 23, 2010

Sunshine Award Dari K.Shima & Eija




















Terima kasih pada Kak Shima yang peramah dan Eija yang happy go lucky selalu.. kui3...

Wednesday, April 21, 2010

Chempaqa Lavender Giveaway
















Salam semua. Sempena Anniversary yang ke-10, Chempaqa Lavender menganjurkan GA untuk  peminat2 antik dan English. Walaupun minat dua2 kategori tu tapi kena pilih satu je. So saya pilih antik ya Chemp...
Kepada sesiapa yang berminat sila klik di sini .

Tuesday, April 20, 2010

Jom Join Giveaway Kak Saidah



















Salam semua.Sebenarnya dah lama tinggal komen kat blog Kak Saidah tapi baru hari ni berkesempatan buat N3. Psst: Yatt akak pinjam gambar dr blog Yatt ya...

Syarat-syarat peraduan adalah seperti berikut:

1- Tarikh peraduan bermula hari ini hingga 30hb May, 2010
2 -Terbuka kepada semua kawan-kawan di Malaysia sahaja yg menjadi Follower . Kepada yg belum jadi  
     follower kenalah jadi follower saya dahulu.
3- Linkkan blog saya kepada blog masing-masing dan buat sedikit N3 berkenaan dgn blog saya ini. (done)
4- Memberi komen dalam entry ini..(komen di shoutbox tidak diambil kira) 4-Nama pemenang akan 
    diumumkan pada minggu pertama bulan June. (done)
5 -1 Hadiah khas (misteri) akan diberikan kepada referral yg paling banyak disebut oleh pemberi komen.  
    ( contoh kalau A tengok N3 giveaway ini dari blog B, sila mention nama B dalam komen mereka so that  
    B akan dapat hadiah misteri)
6- Penghantaran hadiah adalah dari minggu kedua June hingga ke 30 June. Pemenang akan dihubungi jika 
     terdapat sebarang kelewatan dalam penghantaran hadiah.

Apa tunggu lagi, jomlah join GA ni....

Wednesday, April 14, 2010

Menang Giveaway
















Salam semua. Hari ni aku nak kongsi hadiah giveaway yang aku terima dari kak Mrsnor. Sebenarnya blog kak Mrsnor dah lama menjadi blog kegemaranku sejak belum ada blog sendiri lagi. Rasanya sekarang ni ambo doh boleh kecek kelate hehe.... Tq Kak Nor.Gembira sangat bila menang giveaway ni sebab aku memang jarang sangat bertuah kalau ada cabutan2 seperti ini. Tapi yang peliknya kalau aku mengandung selalu sangat pulak menang, kadang2 tu sampai dua tiga kali, sampaikan kawan2 di sekolah pun jelouse hehe.... Sebab tu masa mula2 dapat tau aku menang giveaway hari tu, perkara pertama yang terlintas di fikiran ku, "mengandungkah aku ni?". Nasib baik tak, hehe....Bukanlah nak menolak rezeki Allah tapi dalam usiaku yang dah ala-ala retro ni rasanya dah tak larat nak menambah rakyat. Dengan empat orang yang ada ni pun, pagi2 lagi aku dah jadi tarzan.















Pinggan2 yang cantik tu dah menghiasi dinding ruang makan rumahku...

Friday, April 9, 2010

My Japanese Widows dah ada rumah..




















Salam pagi Jumaat semua. Sambil2 menyiapkan kerja2 rumah yang tak yang tak pernah nak siap2 ni sempat lagi curi masa buat n3 ringkas ni. Hari ni nak kongsi kegembiraan janda2 Jepunku yang dah dapat rumah walaupun bukan rumah baru (dulu rak gantung ni menempatkan koleksi mini vantage). Rumah ni dikongsi bersama sugar pot tunggal dari negara yang sama dan beberapa biji pelita yg menumpang kasih kat atas bumbung rumah tu.




















Penghuni lama..

Sunday, April 4, 2010

Dah lega sikit...




















Salam dan selamat pagi semua. Rasanya dah agak lama juga tak masuk blog. Kekangan masa membuatkan aku susah nak menghadap pc ni lama2. Maklumlah sejak orang gaji tak ada ni akulah yang kena buat sendiri semua kerja rumah. Tambah2 lagi sejak beberapa hari ni kena serang dek gastrik pulak. Baru je nak diet sikit dah sakit pulak, tak sporting betullah gastrik ni....
Dalam pada tak ada masa dan tak berapa nak sihat ni sempat jugalah aku melayan hobi yang menyenangkan hatiku ini. Kesian dengan keadaan koleksiku yang dah macam sardin dalam almari tu, aku pun carikanlah mereka rumah baru. Melihat almari Kak Nor64 dan CMG rasa teringin sangat nak memilikinya tapi apakan daya ruang yg ada di rumah kecilku ini tidak mengizinkan huhuhu....





















Ini sajalah yang boleh masuk lagi dalam rumahku. Niat hati ruang yang ada tu nak ditempatkan dgn almari antik tapi nampak2nya tak ada harapan. Dah puas cari tapi tak juga jumpa2. Student2 ku pun dah naik hairan sebab sejak akhir2 ni aku rajin sangat merisik khabar nenek diorang hehe...
Yang tensionnya aku dah susun cantik2, hubby pulak suruh masukkan balik set Jepun kesayangannya itu dalam almari, tak selamat katanya. Buat penat orang je....
Related Posts with Thumbnails

putera puteriku