Thursday, December 31, 2009

'Upah' Tolong Bersihkan Stor Apek

Salam pagi khamis (hari terakhir 2009) rakan -rakan semua. Alhamdulillah aku sudah selamat tiba di KK semalam. Perjalanan selama lebih kurang 5 jam begitu meletihkan. Aku pasti kak Azah dah tak sabar menungguh kepulangan ku hehe... Oleh kerana letih masih hilang dan kena bersihkan rumah yang dah sebulan aku tinggalkan terpaksa ku tahan hati untuk membongkar kotak2 yang ku bawah dari Sandakan. Sabar ya kak Azah kalau dah selesai saya sms akak ya..
Untuk N3 kali ini kupertonton kan dulu 'upah' membersihkan stor apek hari tu. Walaupun barang-barang ini bukan didapati secara percuma tapi aku panggil 'upah' kerana dapat dengan harga yang tersan..gatlah murahnya.
Masa hunting hari tu bukanlah tujuanku nak pergi kedai apek tu sebab hari tu pergi, tak ada barang2 yang menarik di situ. Tapi bila lalu depan kedai tu aku rasa macam tak percaya melihat deretan sugar pot dan kreamer dalam cermin kedai tu. Bila aku masuk, aku bagai nak menjerit melihat longgokan harta-harta karun ni. Rupanya tokeh kedai tu sedang buat pembersihan stor besar-besaran. Menurut isteri tokeh tu suami dia baru dua bulan mewarisi kedai tu, tu yang dia tolong bersihkan stor dan keluarkan semua barang2 yang sudah tersimpan berpuluh tahun di dalam stor tu. Tiga hari berturut-turut aku tolong 'asau' tu bersihkan barang2 dia. Hari pertama dan kedua aku masih memilih-milih, aku ambik yang elok-elok je. Hari ketiga tu dengan penutup2 teko dia aku sapu sekali, baru puas hatiku. Tapi hubby ku pula yang bising sebab rumah dia dah bertukar jadi stor apek hehe...sori

Tuesday, December 22, 2009

Selamat Datang ke Pembukaan My Little Shoppe

Salam semua. Sila berkunjung ke pembukaan kedai siberku. http://www.ryana74mylittleshoppe.blogspot.com Pengunjung(folower) pertama akan mendapat hadiah istimewa.

Saturday, December 19, 2009

Enamel Lama dan Baru

Salam rakan-rakan semua. Hari ni aku pegi hunting lagi. Dalam banyak2 kedai lama yang aku masuk, aku terjumpa sebuah kedai yang penuh dengan barang2 enamel. Sebenarnya aku pun dah mula minat dengan barang2 enamel ni terutama yang lama2. So untuk tatapan rakan2 semua aku pun tangkaplah gambar2 ni sebelum tokeh tu bungkus dan masukkan dalam kotak sebab malas nak bongkar lagi. Ada beberapa biji lagi yang ada di kedai tu so kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah sms, tapi sampai tengah hari esok je aku ada di sini esok dah nak balik Sandakan.(aku bersiaran langsung dari hotel) Teko ni ada dua kaler biru dan hijau. Tapi yang hijau semua ada sedikit kecacatan jadi aku ambik yang biru saja. Mahal juga tokeh tu jual tapi yang dah cacat dia kurangkan harga itu pun sikit saja.
Tureen ni pula ada dua saiz 24 cm & 22 cm. Tapi aku ambik yg kecik saja.
Yang ni aku ambik yg atas tu je. Nampak tipis tapi berat.
Yang atas ni nampak cantikkan? tapi aku tak ambik coz tokeh tu kata ini ialah tong untuk .........
Bekas nasi ni pula jumpa di kedai lain. Yang ini enamel versi baru.
Kepada rakan2 yang berminat sms ya....Selamat malam

Friday, December 18, 2009

Set Geisha (1)

Selamat malam semua. Sebenarnya aku dah rancang nak buat n3 tentang tangkapan terbesarku ini bila aku balik kk nanti. Bukan apa, malas rasanya nak membongkar kotak2 yang telah ku ikat rapi.Tapi bila Cik Mat kita buat n3 tentang set buluh emas hari tu, aku pun bongkarlah kotak2 tu untuk nak samakan bunga yang aku ada dengan yang Mat punya. Jadi dah terlanjur bongkar aku tangkaplah salah set yang aku dapat. Jangan tak tau set2 ni aku dapat dari sebuah kedai apek yang sedang buat pembersihan stor besar-besaran. Nantilah aku cerita panjang lebar tentang huntingku hari tu coz mata sudah mengantuk sangat ni. Selamat malam...
Set ni hampir lengkap, ada sugar pot, kreamer jug, 6 set cawan dan 6 biji piring kuih. Malangnya teko tak ada.

Tuesday, December 15, 2009

Hunting Lagi

Selamat pagi semua.Kali ni senang sikit nak buat N3 sebab dah ada broadband. Sejak duduk di Sandakan ni kerjaku asyik nak hunting saja sebab boring sangat duduk di rumah. Maklumlah
rumah sewa hubby di sini tak ada apa2, sekadar untuk tinggal saja sebab kalau kami tak ada di sini tiap-tiap hujung minggu hubby balik KK. Kalau di rumah sendiri boring2 boleh juga
mengelap habuk pada koleksi pinggan mangkuk yang ada. Jadi untuk hilangkan kemaruk, aku pun tolonglah apek2 dan nyonya2 di sini bersihkan pinggan mangkuk yang dah berhabuk kat kedai diaorang tu. Jadi inilah antara hasilnya..
Turin Dumex ni aku dapat di kedai ubat cina secara tak sengaja. Masa tu aku haus sangat selepas keluar dari sebuah apek yang tersangatlah panasnya. Tokeh kedai tu (juga seorang apek) kata turin ni hadiah beli susu anak2 dia dulu dan tak pernah guna. Sebenarnya ada dua jenis turin dumex yang aku dapat di sana tapi malas nak bongkar dalam kotak. Buat masa ni aku tunjuk yang ini dulu coz yang ini aku dah ada, jadi kepada sesiapa yang berminat nak barter(sayang nak jual) bagitau ya...
Turin bunga bakul ni aku dapat sebiji saja jadi tak bolehlah nak barter. Ada kesan retak sedikit pada penutup tapi aku ambik juga sebab harganya murah sangat (RM10).
Dua teko di atas ni aku dapat beberapa biji ,jadi bolehlah aku barter atau jual dengan sesiapa yang berminat. Selain teko2 ni aku jumpa lagi lubuk teko enamel kuning besar macam hari tu yang lebih banyak dan murah. So kepada sesiapa yang berminat sila sms sementara aku masih di sini. Teko Bunga Bakul Harga: RM20 Teko Labu Harga: RM15

Saturday, December 12, 2009

Teko Enamel Lama Untuk Dijual

Selamat malam semua. Malam ni aku tebalkan muka lagi bertenggek di restoran ber wi-fi ni dengan secawan teh untuk buat N3. Kali ni aku nak kongsi lagi lebihan huntingku di sini. Kepada rakan-rakan yang berminat sila sms ok. Tinggi : lebih kurang 20cm Warna: Kuning Harga: Rm35 (tdk termasuk pos)

Thursday, December 10, 2009

Lebihan Hasil Hunting Untuk Dijual

Assalamualaikum dan selamat pagi rakan-rakan sekalian. Baru hari ini aku dapat membuat N3 baru untuk blogku yang sudah bersawang ni(kalau rumah dah kena azan empat penjuru ni kalau nak masuk sebab dah ditumpang dek jin..) Bukan niat untuk meninggalkan dunia blogging cuma sudah tak ada modal nak tunjuk lagi. Namun alhamdulillah percutian ku kali ni (ikut suami yang bertugas di Sandakan) membuahkan hasil yang boleh ku kongsi bersama rakan-rakan. Namun kekangan untuk membuat N3 masih ada coz rumah sewa hubby di sini tidak ada internet so terpaksalah aku bersiaran langsung daripada restoran yang ada dekat sini (malu juga nak bertenggek lama2 di sini, minum secawan teh saja...). So untuk kali ini aku tunjukkan dulu hasil huntingku yang terlebih untuk rakan-rakan yang berminat.
Teko mini kangkung. Yang paling cute Rm20, yang besar sikit RM25
Pinggan makan Bunga ros hitam 9 inci Rm8 sebiji.
Pinggan leper kekwa hitam 8 inci Rm6 sebiji
Teko bunga merah RM40 sebiji
Teko enamel comel (biru, hijau, kuning) Rm15 sebiji.
Teko dan cawan kecil beserta talam ni begitu menawan hatiku coz bentuk tekonya begitu menarik sekali. Cawan2 kecilnya sangat ringan disamping permukaannya yang berkilau. Daripada cop mohornya, set ini dihasilkan di Jepun. Menurut tokeh kedai set ini baru dikeluarkan dari stor. Oleh kerana aku dapat dua set, so aku nak jual satu set kepada yang berminat dengan harga RM95 tidak termasuk pos.
Teaset bunga ros pink ni pun aku dapat dua set. So kepada sesiapa yang berminat aku boleh jual dengan harga Rm150 satu set lengkap(teko, cawan & piring 6, piring kuih 6, kreamer & Sugar pot).
Setakat ni aku hanya ada dua set saja untuk setiap satu tapi menurut taukeh kedai tu ada beberapa set lagi yang ada dalam stor tapi masih belum dikeluarkan lagi. So kalau ada yang nak book bagi tau ya.. coz taukeh tu dah janji nak call kalau jumpa nanti.
Itu ajelah untuk kali ini, kepada sesiapa yang berminat sila sms saja ok sebab jarang dapat online di sini. Tq...

Monday, October 5, 2009

Pinggan Mangkuk Lama Penyeri Di Hari Raya

Salam rakan2 semua. Sudah terlalu lama rasanya aku tidak buat N3 tentang pinggan
mangkuk lama dlm blog yg dah lama terbiar sepi ini. Hari ini ingin kukongsikan bersama cerita tentang pinggan mangkuk lama ini yang telah berjaya menambah seri di rumahku
di hari raya ini. Ternyata susunan pinggan mangkuk lama ni begitu menarik perhatian tetamu yang datang berkunjung dirumahku. Malah tidak keterlaluan jika kukatakan tetamu2 yang datang lebih tertarik dengan seramik lama ni berbanding dengan porselin ala Inggeris yang juga
menjadi hiasan di rumahku. Ramai yang tidak menyangka pinggan mangkuk lama ini boleh dijadikan hiasan menarik di rumah. Malah ada juga rakan2 yang kesal kerana telah membuangnya. Yang lucunya ada seorang rakan yang mau mengambil balik pinggan lama yang telah digunakan untuk bagi makan kucing.

Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat hari raya maaf zahir & batin daripada kami sekeluarga

Friday, July 24, 2009

Set Lengkap Pertamaku

Salam Jumaat semua. Kali ini aku nak kongsikan kegembiraan mendapt set lengkap yang pertamaku. Sepanjang pencarian/hunting ku ini pertama kali aku mendapat set lengkap seperti ini(itu pun hubby yang tolong). Set ini hubby dapat di sebuah kedai lama dekat tempat dia bekerja. Tapi tak tau bunga apa. Nampak macam bunga kekwa juga. Tapi bab2 bunga ni Yatt yang lebih arif kan? . Oleh kerana tengah rushing ni tak dapatlah nak tulis bnyak2. Apa2 pun jom tengok sama2 ye...

Wednesday, July 22, 2009

From Kudat With Love

Salam semua. Tentu ramai peminat pinggan mangkuk lama di Sabah yang membaca tajuk N3 kali ni terujah dan dah nak terjah kedai-kedai apek di Kudat, terutama Kak Azah coz kalau tak silap hubby dia bertugas di sana hehe...ampun kak!. Sebenarnya harta karun ni bukanlah hasil huntingku di kedai2 lama kat Kudat tu tapi pemberian Kak Shima (Kerani di sekolah yang baik hati). Oleh kerana dia tahu hobi baruku yang suka mengumpul pinggan mangkuk lama ni, dia sanggup ke rumah saudara maranya di Kudat untuk mencarikannya untuk aku. So N3 kali ini
khas untuk kakak. Lihatlah barang-barang yang telah berkurun lama terperuk diceruk dapur rumah saudara mara kakak sudah menjadi hiasan di ruang tamuku.
Menurut Kak Shima bekas gula bertemakan Inggeris ni dia ambil di rumah makciknya. Dulu lengkap satu set tapi sekarang dah tinggal bekas gula ni saja yang selalu digunakan untuk membakar kemenyan. (masa dia bawa hari tu masih ada sisa kemenyan )
Cop di bawah bekas gula ni menunjukkan dia di buat di Jepun sama dengan pasu ala Inggeris yang aku jumpa di Tamparuli tempoh hari.(Porselin dia pun sama, berkilat dan disepuh warna keemasan) Hairan jugakan kenapa Jepun suka mengeluarkan pinggan mangkuk ala Inggeris ni coz bukankah Inggeris tu musuh ketat dia dulu?
Cawan bunga hitam ni dia bagi tiga pasang. Suka sangat tengok bunga dia yang terang dan porselinnya yang putih gebu. Cawan2 ni agak tipis dan ringan.
Cop mohor di bawah cawan dan piring pernah nampak dalam satu blog tapi lupa blog siapa. Gambar bangau yang sedang posing maut menurut blogger tu.
Cawan ni tak ada piring (mungkin laki dia dah tinggalkan dia sebab dah cacat(sumbing). Suka juga cawan ni coz boleh kawankan ngan cawan pemberian arwah MIL.
Pinggan makan ni dah sumbing di sana sini namun masih cantik di pandangan mataku. Menurut Kak Shima pinggan di jumpa di bawah almari rumah sepupu dia.
Tulisan made in China di bawah pinggan berwarna hijau. Berbeza ngan tulisan di pinggan yang aku jumpa di kedai apek yang berwarna merah. Walaupun aku dah ada banyak piring dan pinggan bunga kangkung tapi piring ni agak berlainan. Selain bunganya yang lebih terang piring ini lebih nipis dan ringan. Permukaan piring ini juga begitu licin sekali.
Perbezaan juga dapat dilihat pada cop di bawah piring ni.
Dalam banyak2 barang pemberian Kak Shima ni piring kuih wild rose ni yang paling aku suka tengok. Selain bunganya yang terang corak bibirnya yang berbiku-biku sungguh manis di pandang.
Cop mohor di bawah piring ini pun belum pernah aku lihat pada pinggan mangkuk yang ada dalam simpananku. Sama seperti piring bunga kangkung, piring ini jua agak nipis dan ringan selain permukaannya yang begitu licin. Mangkuk kuah ni sebenarnya masih lagi digunakan di rumah Kak Shima. Emak kak Shima pun naik hairan bila dia bagi tau dia nak bagi mangkuk ni pada kawan dia yang tengah mengidam pinggan mangkuk lama ni. Selalunya orang mengidam makanan ini megidam pingan pula (hairan2)
Cop di montot mangkuk ni pun gambar bangau yang tengah possing maut.
Itu sajalah harta karun pemberian kak Shima yang di bawah khas dari Kudat. Kepada kak Shima terimalah serangkap pantun dariku,
"Terima kasih daun keladi, kalau ada bawalah lagi"
Related Posts with Thumbnails

putera puteriku