Friday, July 24, 2009

Set Lengkap Pertamaku

Salam Jumaat semua. Kali ini aku nak kongsikan kegembiraan mendapt set lengkap yang pertamaku. Sepanjang pencarian/hunting ku ini pertama kali aku mendapat set lengkap seperti ini(itu pun hubby yang tolong). Set ini hubby dapat di sebuah kedai lama dekat tempat dia bekerja. Tapi tak tau bunga apa. Nampak macam bunga kekwa juga. Tapi bab2 bunga ni Yatt yang lebih arif kan? . Oleh kerana tengah rushing ni tak dapatlah nak tulis bnyak2. Apa2 pun jom tengok sama2 ye...

Wednesday, July 22, 2009

From Kudat With Love

Salam semua. Tentu ramai peminat pinggan mangkuk lama di Sabah yang membaca tajuk N3 kali ni terujah dan dah nak terjah kedai-kedai apek di Kudat, terutama Kak Azah coz kalau tak silap hubby dia bertugas di sana hehe...ampun kak!. Sebenarnya harta karun ni bukanlah hasil huntingku di kedai2 lama kat Kudat tu tapi pemberian Kak Shima (Kerani di sekolah yang baik hati). Oleh kerana dia tahu hobi baruku yang suka mengumpul pinggan mangkuk lama ni, dia sanggup ke rumah saudara maranya di Kudat untuk mencarikannya untuk aku. So N3 kali ini
khas untuk kakak. Lihatlah barang-barang yang telah berkurun lama terperuk diceruk dapur rumah saudara mara kakak sudah menjadi hiasan di ruang tamuku.
Menurut Kak Shima bekas gula bertemakan Inggeris ni dia ambil di rumah makciknya. Dulu lengkap satu set tapi sekarang dah tinggal bekas gula ni saja yang selalu digunakan untuk membakar kemenyan. (masa dia bawa hari tu masih ada sisa kemenyan )
Cop di bawah bekas gula ni menunjukkan dia di buat di Jepun sama dengan pasu ala Inggeris yang aku jumpa di Tamparuli tempoh hari.(Porselin dia pun sama, berkilat dan disepuh warna keemasan) Hairan jugakan kenapa Jepun suka mengeluarkan pinggan mangkuk ala Inggeris ni coz bukankah Inggeris tu musuh ketat dia dulu?
Cawan bunga hitam ni dia bagi tiga pasang. Suka sangat tengok bunga dia yang terang dan porselinnya yang putih gebu. Cawan2 ni agak tipis dan ringan.
Cop mohor di bawah cawan dan piring pernah nampak dalam satu blog tapi lupa blog siapa. Gambar bangau yang sedang posing maut menurut blogger tu.
Cawan ni tak ada piring (mungkin laki dia dah tinggalkan dia sebab dah cacat(sumbing). Suka juga cawan ni coz boleh kawankan ngan cawan pemberian arwah MIL.
Pinggan makan ni dah sumbing di sana sini namun masih cantik di pandangan mataku. Menurut Kak Shima pinggan di jumpa di bawah almari rumah sepupu dia.
Tulisan made in China di bawah pinggan berwarna hijau. Berbeza ngan tulisan di pinggan yang aku jumpa di kedai apek yang berwarna merah. Walaupun aku dah ada banyak piring dan pinggan bunga kangkung tapi piring ni agak berlainan. Selain bunganya yang lebih terang piring ini lebih nipis dan ringan. Permukaan piring ini juga begitu licin sekali.
Perbezaan juga dapat dilihat pada cop di bawah piring ni.
Dalam banyak2 barang pemberian Kak Shima ni piring kuih wild rose ni yang paling aku suka tengok. Selain bunganya yang terang corak bibirnya yang berbiku-biku sungguh manis di pandang.
Cop mohor di bawah piring ini pun belum pernah aku lihat pada pinggan mangkuk yang ada dalam simpananku. Sama seperti piring bunga kangkung, piring ini jua agak nipis dan ringan selain permukaannya yang begitu licin. Mangkuk kuah ni sebenarnya masih lagi digunakan di rumah Kak Shima. Emak kak Shima pun naik hairan bila dia bagi tau dia nak bagi mangkuk ni pada kawan dia yang tengah mengidam pinggan mangkuk lama ni. Selalunya orang mengidam makanan ini megidam pingan pula (hairan2)
Cop di montot mangkuk ni pun gambar bangau yang tengah possing maut.
Itu sajalah harta karun pemberian kak Shima yang di bawah khas dari Kudat. Kepada kak Shima terimalah serangkap pantun dariku,
"Terima kasih daun keladi, kalau ada bawalah lagi"

Sunday, July 19, 2009

Mangkuk 4 Roses

Salam semua. N3 kali ini aku nak kongsi mangkuk2 4 roses yang baru aku dapat(hubby yang dapatkan untuk aku). Masa hubby tunjuk gambar mangkuk2 ni pada ku(melalui email), aku terus suruh dia ambik semua yang ada di kedai tu. Bukan apa, kalau ada banyak boleh juga buat barter atau jual ngan kawan2 (lepas juga belanja untuk pegi hunting lagi hehe..). So kalau ada sesiapa yang berminat nak barter atau beli jangan malu-malu bagi tau ye... Walaupun mangkuk2 ni sama saiz (diameter mulut lebih kurang 4 inci) namun terdapat perbezaan susunan dan saiz bunga. Mangkuk di atas ni, bunga dia lebih besar dan terang). walaubagaimanapun saiz bunga di kedua belah mangkuk tidak sama. Saiz bunga di belah atas ni jauh lebih kecil daripada bunga di belah yang lain mangkuk ni. Bunga pada mangkuk yang ni pula disusun tiga penjuru berbeza dengan mangkuk yang pertama yang hanya disusun dua penjuru saja.
Saiz bunga pada mangkuk ini sama di ketiga-tiga penjuru.
Cop di bawah kedua-dua mangkuk ini juga tidak sama.
Setakat ini sajalah untuk kali ini ya. Bertemu lagi di lain N3 ok. Wassalam....

Saturday, July 18, 2009

Teapot Comel & Creamer

Salam dan selamat berehat di hujung minggu semua. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, N3 kali ini ialah tentang tangkapan yang sejala ngan set teko bunga biru sebelum ini. Kedua2 nya ini hubby jumpa dalam almari kaca kedai apek tu, masa tu dia dah nak keluar. Nasib baiklah dia terpandang teko comel tu walaupun sdh disaluti habuk. Masa nak ambik teko tu jumpa pula creamer tu. Walaupun creamer tu dah retak kat tangkai tapi hubby ambik juga coz di suka tengok bunga dia.Nasib baiklah dia ambik klu tak kempunanlah aku nak dpt creamer comel ni. Nampak besarkan? Tapi sebenarnya teko ni kecik sangat, untuk minum seorng pun mungkin tak cukup. Menurut hubby teko ni biasanya org Cina guna untuk isi ubat herba.(My hubby pun campuran cina coz arwah MIL pure Chinese)
Bunga pada kedua belah teko ni walaupun nampak sama saiz tapi sebenarnya terdapat sedikit perbezaan. Bunga belah ni agak kecil.
Jangan salah sangka. Teko ni kalau nampak dari tepi macam tak ada penutupkan? Sebenarnya penutup dia separas ngan badan itu yang nampak macam tak ada penutup.
Creamer ni walaupun sudah cacat namun masih cantik di pandangan mataku. aku nampat di blog Kak Su & Yatt lengkap satu set tapi aku hanya mampu berpuas hati ngan creamer ni je. Kesian....
Bunga di kedua belah creamer ni juga tidak sama saiz & bentuk. Yang atas ni bunga dia sekuntum je dan blm berkembang... Itu sajalah untuk kali ni ye. Wassalam....

Friday, July 17, 2009

Tangkapan Terbaik

Salam semua. Walaupun pun mataku dah mengantuk sangat namun ku gagahi juga buat N3 untuk tangkapan terbaruku ini (sebenarnya my hubby yang tolong tangkap hehe... ). Masa hubby email gambar set ni, aku begitu gembira sekali coz ini merupakan hasil terbaik yang aku dapat setakat ini (kesiannya aku..). Walaupun pun tak lengkap set seperti yang ada kat rumah Kak Sue & Yatt, namun cukup mengembirakan aku. Thanks bang, Luv u so much...
Teko ni bentuk dia berbeza dengan teko Kak Sue dan Yatt kan? Bentuknya agak bulat dan pendek. Bak kata orang Sabah "pindik2 tagap"
Gambar bunga di kedua-dua bela teko tak sama. Yang belah ni bunga dia sekuntum je.
Bekas gula ni sebenarnya tak ada penutup, pinjam penutup teko Dumex untuk sesi penggambaran
Bekas susu ni, bunga dia agak cerah daripada bunga pada teko dan bekas gula tu. Tapi rasanya mungkin dari set yang sama coz bentuk fizikal pun sama "pindik2 tagap" dan dari kedai yang sama. Gelas ni ada dua biji saja, itu pun dah janda (tak ada piring). Nantilah kalau aku sampai di sana aku nak selongkar stor apek tu coz mungkin ada tapi dia malas nak cari (macam apek muka panjang kat Tuaran tu). Bunga kat cawan ni sama warna ngan bunga kat bekas susu tu.
Oklah, itu sajalah untuk kali ni. Sebenarnya ada lagi tangkapan lain yang sejala ngan set ni tapi belum cuci lagi. Tunggu N3 yang seterusnya ye... .Wassalam

Tuesday, July 14, 2009

Teko Hasil Outstation

Assalamuailaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ni aku nak buat N3 pasal teko pula. Teko-teko ni hasil rembatan My hubby semasa outstation minggu lalu. Sekarang ni pantang hubby outstation mesti tanya sama ada ada kedai lama tak di tempat tu. kalau ada pasti akan ku minta dia pegi buat "lawatan sambil membeli" di sana. Oleh kerana tidak banyak masa ini sajalah hasil yang dia dapat. Teko bunga kangkung ni bentuk dia biasa saja tapi aku cukup gembira coz aku belum ada lagi teko bunga kangkung yang besar.Teko bunga kangkung yang ada dalam simpananku ialah teko mini(2 saiz) yang aku beli dari Tawau 8 tahun yang lalu Akhirnya Teko2 mini ku sudah dapat kawan baru yang besar.
Teko ni my hubby beli dua biji. Aku tak pasti bunga pada teko ni nama apa, mungkin salah satu bunga yang terdapat di China.
Saiz bunga pada kedua belah teko tidak sama.
Yang bestnya bunga pada teko ni sepadan dengan bunga pada pinggan yang aku jumpa di rumah dua pupuku tempah hari. Akhirnya pinggan ku itu berteman dengan teko yang didatangkan khas dari Lahad Datu.

Thursday, July 9, 2009

Pinggan klasik Ala Inggeris

Salam Kawan2. N3 ku kali ini ialah tentang pinggan klasik ala Inggeris. Pinggan ini begitu istimewa bagiku. Pertama, kerana pinggan ini merupakan first hunting my hubby. Bestnya !nampaknya aku berjaya menjangkitkan virus antik (nasib baik bukan virus H1N1) ni kepada my hubby. Kedua, pinggan ni betul2 menggabung dua ciri yang begitu aku minati iaitu klasik/antik dan Inggeris. Masa mula2 nampak, aku sangka pinggan ni sama ngan pinggan dutchman yg aku jumpa di kedai apek kat Tuaran tapi rupanya pinggan ni jauh lebih cantik. Kualiti porselin pinggan ni sangat jauh bezanya dengan pinggan2 yang aku jumpa sebelum ini. Begitu juga dengan gambar pada pinggan ni yang begitu jelas dan terang. Selain itu terdapat juga corak timbul disekeliling bibir pinggan ni. Istimewanya pinggan ni ialah gambarnya bukan sahaja ada disekeliling bibir pinggan tetapi terdapat juga gambar yang lebih besar di tengah2 pinggan ni. Ini dia cop mohor di bawah pinggan ni. Cop ini pun tidak sama ngan pinggan dutchman yang hanya tertulis made in china sahaja. Selain pinggan ni ada ada juga beberapa biji mangkuk & piring sos yang my hubby beli. Nanti saya akan tunjukkan dalam N3 yang seterusnya ok..Wassalam.
Related Posts with Thumbnails

putera puteriku