Tuesday, July 14, 2009

Teko Hasil Outstation

Assalamuailaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ni aku nak buat N3 pasal teko pula. Teko-teko ni hasil rembatan My hubby semasa outstation minggu lalu. Sekarang ni pantang hubby outstation mesti tanya sama ada ada kedai lama tak di tempat tu. kalau ada pasti akan ku minta dia pegi buat "lawatan sambil membeli" di sana. Oleh kerana tidak banyak masa ini sajalah hasil yang dia dapat. Teko bunga kangkung ni bentuk dia biasa saja tapi aku cukup gembira coz aku belum ada lagi teko bunga kangkung yang besar.Teko bunga kangkung yang ada dalam simpananku ialah teko mini(2 saiz) yang aku beli dari Tawau 8 tahun yang lalu Akhirnya Teko2 mini ku sudah dapat kawan baru yang besar.
Teko ni my hubby beli dua biji. Aku tak pasti bunga pada teko ni nama apa, mungkin salah satu bunga yang terdapat di China.
Saiz bunga pada kedua belah teko tidak sama.
Yang bestnya bunga pada teko ni sepadan dengan bunga pada pinggan yang aku jumpa di rumah dua pupuku tempah hari. Akhirnya pinggan ku itu berteman dengan teko yang didatangkan khas dari Lahad Datu.

5 comments:

Teratakantik said...

salam ryana..

cantiknya teko ituwwwwww
jual ala satuuu

Gee said...

Salam Ryana.

Cantik teko bunga ros besar tu..Kalau ade lagi, belikan untuk kak gee..ye

Itajeff @Something To Share said...

salam..
beli di mana teko yg bunga china tu? lahad datu jgk ka? alamat ke lahad datulah aku ni ryanaaaa hahahaha

azah said...

salam ryana..ada jugak teko kat lahad datu ya...ada lebih tu hop2 away dgn akak la..

Ryana said...

Salam Kak Sue.

Tak cantik sangat kak, biasa2 je klu nak bandingkan ngan teko2 akak. Seganlah nak jual hehe...

Salam Kak Gee

ok kak gee klu jumpa lagi saya beli untuk kak gee ok..

Salam Kak Ita

Teko tu beli kat LD kak. klu kena cuti sekolah saya dah terbang ke LD. Dapatku bayangkan betapa seronoknya menghunting di kedai2 apek di sana.

salam kak Azah.
Ok Kak, klu ada lbh2 nanti saya calling2 akak ye..

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku