Tuesday, December 21, 2010

Hasil Buruan Terkini















Alhamdulillah akhirnya aku diberi kekuatan untuk mengupdate blog yang dah lama sepi ini. Tak taulah, semenjak dua menjak ni aku malas sangat nak menghadap komputer sampaikan ada rakan2 blogger yang sms untuk bertanya khabar, terima kasih. Seperti biasa rutinku setiap cuti sekolah menemani hubbyku yang bertugas di Sandakan. Dan seperti biasa juga aktivitiku sampingan ku di sana tak lain dan tak bukan menyelongkar kedai2 apek/nyonya . Oleh kerana pinggan mangkuk masih dalam proses pembersihan, aku kongsikan dulu benda2  lain yang aku angkut dari kedai2 lama tu.
Psst: Abaikan tarikh pada gambar(lupa nak set)















Susah sungguh nak dapat pelita lama sekarang ni.Maklumlah peminat pelita lama ni semakin ramai termasuklah aku. Kalau dulu pelita nyonya ni memang aku dah let go tapi sekarang ni aku dah jatuh cinta pulak dengan pelita lama ni. Rasa menyesal pulak let go pelita2 nyonya tu dulu...

 Ini pulak bekas garam dan lada hitam. Aku paling suka pengisar lada hitam  yang diperbuat daripada seramik tu, siap dengan lada hitam yang rasanya dah tak boleh makan. Yang macam tukul hakim tu pulak, apek tu kata dia simpan sejak zaman British lagi. Tak taulah betul ke tak tapi yang penting aku suka sangat dapat benda ni.Bekas garam dan kicap tu pulak aku suka sebab kaca dia tebal dan berat tidak seperti yang ada di pasaran sekarang ni.











Senduk dan garpu salad kayu ni pulak begitu unik bagiku kerana pemegangnya diperbuat daripada seramik. Susah nak dapat sekarang ni.

















Mangkuk tingkat lama ni sebenarnya aku dah beli lama tapi tinggal kat rumah sewa hubby di Sandakan. Beza mangkuk tingkat lama ni dengan yang baru, pemegangnya diperbuat darida kayu asli dan agak berat.

Yang ini paling ku suka, penyembur racun nyamuk lama. Seumur hidupku tak pernah lihat benda ni. Menurut apek tu penyembur ni dah ada sejak dia kecil lagi.Mungkin betul juga sebab pada sprayer tu tertulis" New style sprayer addopted". Maknanya pada masa tu sprayer ni kira canggihlah. Sprayer ni Made in Hong Kong walaupun gambar orang yang sedang menyembur tu ala2 Robin Hood.

Sekian dululah buat kali ni. Mood mengarang pun dah semakin hilang, dah macam menulis esei tentang barang2 lama pulak hehee....Sorrylah ya.
Wassalam....
Related Posts with Thumbnails

putera puteriku