Sunday, February 28, 2010

Jom Cuti-cuti Di Sabah, Bagus Bah.... Senja Di Teluk Likas
















 Salam Ahad semua. Ini bukan iklan Lembaga Pelancongan Negeri Sabah ya. Mulai hari ini aku nak selitkan info mengenai tempat2 yang menarik yang terdapat di Negeri di Bawah Bayu ini. Bukan apa, kalau nak buat n3 pasal pinggan mangkuk lama je alamat tak lama lagi habislah modal nak buat n3 dalam blogku ini. Iyalah koleksiku bukan banyak mana pun. Jom layan gambar2 yang aku ambik on the way balik dari pasar semalam.
















 Pemandangan indah, senja di Teluk Likas yang dikenali juga sebagai Tanjung Lipat.
















 Bangunan yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan Sabah tetapi sekarang telah di tukar kepada Menara Tun Mustapha.

































 Mengabadikan gambar berlatar belakangkan matahari terbenam...

Sekian saja untuk kali ini, sehingga berjumpa di lain n3 Jom Cuti-cuti di Sabah, bagus bah....
Wassalam..


Saturday, February 27, 2010

Akhirnya Sakura Berbunga Jua..












Salam rakan2 semua. Macam sedap pulak bunyi tajuk n3 kali ini. Ala-ala title sebuah novel cintakan? Setelah menanti sekian lama akhirnya dapat juga aku memiliki set sakura yang menjadi idamanku. Walaupun masih tak lengkap tapi bolehlahkan daripada tak ada langsung. Semoga selepas ini sakura di rumahku semakin subur dan berkembang..















Inilah dia teko "Pemanggil" dari Yatt. Aku beri nama "pemanggil" pada teko ini kerana sejak teko ni sampai, satu-satu saudara maranya tiba ke rumah ku. Bermula dengan pinggan 2 keping pemberian saudaraku, diikuti oleh sepasang cawan mulut jahat dari Wan dan empat pasang cawan dari Kak Ajmah. Terima kasih tidak terhingga pada Yatt yang sudi melepaskan aladdin sakura ni kepadaku.




















Bunga pada piring ini agak kecik dan kuncup.

















Cawan mulut jahat dari Wan Penang. Tq Wan, kalau jumpa adik beradik dia yang lain jangan lupa roger2 ya..













Empat pasang cawan tak tau jenis apa dari negeri yang sama ngan cawan mulut jahat tu. Tq kak Ajmah.

Sekian dulu untuk kali ini. Sehingga berjumpa dilain n3. Wassalam..

Wednesday, February 24, 2010

Barisan Teko kangkung

Inilah barisan kita,
yang ikhlas berjuang ,.........

Salam semua. Sebelum hantar anak ke tadika sempat lagi buat n3 ringkas tentang deretan teko kangkung yang ada di 'My little House' ni. Jom tengok sama-sama....












Kontinjen pertama diketuai dengan megahnya oleh teko aladdin, ahli terbaru dalam kumpulan ini.










Yang ini pulak barisan teko bulat yang berbaris mengikut ketinggian masing-masing.











Ahli yang paling comel dalam kumpulan teko bulat. Tengok tu cawan dari kak Chah pun lebih besar dari dia.

Sekian dulu. Sehingga bertemu di lain n3, wassalam...

Monday, February 22, 2010

Set Bunga "Tak Tau"














Salam semua. Hari ni nak kongsi satu lagi set lengkap yang aku dapat dari apeks. Aku pun tak tau nak bagi nama apa kat bunga pada set ini. Dah puas aku tenung dan renung masih lagi aku tidak dapat mengenal pasti spesies bunga ni. Set ini aku jumpa di kedai apek sama ngan set pink roses tu, sayangnya seperti juga set OC Malaysia tu, set ni pun tinggal satu set je dalam simpanan apek tu.Walaupun bunga pada set ini tidaklah secantik mana tapi nampak manis pada pandangan mataku...






















Teko inilah yang membuat aku tertarik untuk memiliki set ini. Suka tengok tangkai dan muncungnya. Muncungnya yang ala-ala mucung aladin tu membuatkan aku terfikir, kalaulah aku dapat banyak teko ni boleh juga aku buat pemindahan muncung pada teko VCR OKU ku itu hehe...

Sugar pot yang boleh bertukar-tukar penutup ngan teko sebab sama bentuk dan saiz.























Creamer jug yang agak tinggi



















Set cawan yang sedang-sedang saja....


















Sekeping pinggan kek dan 6 keping piring kuih

Sekian dulu untuk kali ini, wassalam..

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.

Sunday, February 21, 2010

Jom Joint Giveaway K.Nannie






























































Salam sejahtera semua. Jom sama-sama memeriahkan giveaway K.Nannie, My Passion. Hadiah2nya semua cun melecun. Syarat-syarat pun tak susah:
- Give away ni bermula dari hari ini 19 Febuari - 3 Mac .
1. Terbuka untuk semua follower yang berada di Malaysia saja ,
2. jadilah follower  blog K. Nannie.
3. Buatkan entry simple tentang giveaway ini.
4. Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway K. Nannie
5. Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen
Hanya 4 orang pemenang

Friday, February 19, 2010

Suai Padan Set Pemandangan (2)















Salam semua. Hari ni nak sambung balik cerita suai padan teko dari apeks Ipoh dengan satu lagi set pemandanganku. Set ni aku dah pernah buat n3 dulu dan rasanya rakan2 semua  pun dah biasa tengok set ini kan? Alah, yang jadi papan tanda kat kedai kecik tu...
Set ni memang agak lengkap cuma tak ada teko. Dengan kehadiran teko ni dapatlah diorang menumpang kasih. Rasanya set ni lagi padan ngan teko tu kan?


Cop mohor (backstamp) pada teko


Cop mohor pada sugar pot dan adik-beradiknya.

Sekian dulu untuk kali ini.
pecah kaca pecah simen,
sudah baca harap komen.

psst: ok tak pantun ni? hehe....

Thursday, February 18, 2010

Hasil Buruan Hari Ini

Salam semua. N3 sambungan suai padan set pemandangan kita tangguhkan dulu ya...sebab aku dah tak sabar2 nak kongsi hasil buruan ku hari ini. Sebenarnya aku memang nak buat n3 tentang hasil bater ngan rakan2 tetapi hasratku terpaksa kutangguhkan kerana barang2 yang dapat daripada rakan2 dah tak sabar2 aku atur dalam kabinet sebaik saja sampai hari tu, terutama set yg dapat dari kak Aton dan Kak Ajmah, sudah tersusun indah dalam kabinetku. Akibatnya aku malas nak keluarkan untuk tangkap gambar. Nantilah klu ada masa aku akan buat n3 khas tentang hasil barter dengan rakan2 alam mayaku.

Pinggan2 dan mangkuk2 ni bukanlah hasil buruan dari kedai apek tapi hasil pemberian salah seorang dari saudaraku. Sebenarnya dia dah lama suruh ambik kat rumahnya tapi  tak ada masa nak pergi sebab rumah dia agak jauh, lebih kurang sejam memandu dari rumahku. Mangkuk bubur tu dia bagi sebijik setiap satu. Manakala pinggan sakura dan bunga biru tu ada dua keping setiap satu.

Dan inilah dia yang membuatkan aku rasa berbaloi sangat memandu jauh2 ke sana. Aku memang dah lama mengidam teko aladdin kangkung ni, tau2 hari ni macam bulan jatuh ke riba pulak. Alhamdulillah...

Pinggan2 ni pulak aku dapat dari kedai apek dekat pekan tempat saudaraku itu tinggal. Alang2 dah sampai, aku pun pergilah kedai2 lama kat situ. Dalam banyak2 kedai yang aku masuk ada sebuah je kedai yang menjual pinggan mangkuk lama tapi harga dia sama ngan harga online. Agaknya apek ni apek up to date yang tau perkembangan semasa. Tentang harga tu aku boleh terima lagi tapi yang aku bengang sangat, apek tu sombong nauzubillah. Adakah dia suruh aku cepat2 pilih kalau nak beli sebab dia kata dia banyak kerja nak buat. Dahlah tu, aku blm decide nak beli dia dah bungkus. Melampau betul, mau rasanya aku hempuk kepala apek tu ngan pinggan2 tu, tapi nampak brutal sangatlah pulak... Aku sabar je ngan  apek tu dan terus memilih. Tak lama kemudian dia sound lagi suruh cepat sebab dia nak pergi minum. Hilang akal ke apa apek ni? tadi kata banyak kerja, ni dah nak pegi minum pulak. Geram betul aku ngan apek tu, dahlah kedai dia tu macam sarang tikus dia suruh kita cepat2 cari pulak, manalah boleh.... Lepas ni tobat aku  nak pegi lagi kedai apek sombong tu walaupun ada lagi pinggan mangkuk yang aku bekenan  kat situ. Pinggan mangkuk dumex pun apek tu ada jual tapi aku tak beli sebab dahlah sumbing sana sini dia masih nak jual mahal. Tak apalah apek kau simpan jelah buat pusaka...

Pinggan leper 10 inci ni aku dapat dua keping. Sekeping  bercop mohorkan Ocera dan sekeping lagi tak ada cop, mungkin kilang tu lupa nak cop..

Yang ini aku paling suka sekali. Pada pandangan mataku pinggan leper 9 inci ni sebijik macam pinggan OC. Kesan retak seribu pada pinggan ni pun sama ngan yang selalu terdapat pada set2 OC. Tapi cuba tengok cop kat montot pinggan ni..


Rupanya pinggan ni free gift kopi sebab di montotnya tertulis, A gift from JACOBS Europe's favourite coffee. Rupanya kopi pun ada jenama JACOBS, ingatkan biskut je.

Itu sajalah kisah suka dukaku hunting hari ini. Sehingga berjumpa dilain n3 wassalam....



Tuesday, February 16, 2010

Suai Padan Set Pemandangan (1)















Seperti yang dijanjikan n3 kali ini ialah tentang salah satu daripada kandungan kotak-kotak dari Ezany. Teko ni Ezany tolong belikan dari sebuah kedai apek di Ipoh. Kesian Ezany sampai gaduh ngan anak apek tu masa nak beli teko ni hehe..Walaupun corak pada teko ini tidak sama ngan corak pada set2 pemandanganku yang ada tapi bolehlah disuai padankan memandangkan semua set2 pemandanganku itu tidak berteko. Dapatlah diorang menumpang kasih..







Nampak padan tak? Bolehlahkan yang penting masih lagi bermotifkan pemandangan kedesaan Jepun yang berlatar belakangkan Gunung Fuji. Set ni aku jumpa kat stor apek tapi sayang jauh dari lengkap. yang ada cuma sugar pot, creamer jug, 5 piring kuih dan 5 piring duda.

Sugar pot telinga capang

Creamer Jug

5 dudas dan sebiji cawan janda yang disuai padankan

Perhatikan corak pada cawan, sama tapi tak serupa. Cawan ni sangat nipis dan ringan juga terdapat gambar geisha di dasanya.

Lima piring kuih yang sesuai dijadikan hiasan dinding.

Sekian dulu untuk kali ini. Wassalam..



Yang Ditunggu Dah tiba


















Salam dan selamat pagi semua. Rasanya semua pun masih bercuti lagi nikan? Tapi yang boringnya tak dapat gi hunting kedai2 apek sebab apek2 dan nyonya2 masih beraya. Sehari sebelum Tahun Baru Cina merupakan hari yang menyeronokkanku. Bukan kerana aku nak main mercun atau tak sabar nak pakai baju baru tapi kerana kedatangan van pos Malaysia yang membawa kotak-kotak yang dah sebulan lebih aku nantikan. Inilah dia tiga kotak yang telah belayar selama lebih sebulan mengharungi Laut China Selatan dari Darul Ridzuan ke Negeri di Bawah Bayu ini. Lucu juga cerita di sebalik penghantaran kotak2 ni. Sebenarnya kotak2 ni Ezany minta tolong adik dia yang pos, dia tak sangka pula adik dia pos melalui jalan laut hehe... Tapi tak apalah yang penting sampai dan semua barang-barang dalam kotak itu pun selamat. Cuba perhatikan kotak2 tu nampak elok je kan? langsung tak ada kesan kerosakan  pada kotak2 tu. Mungkin bagus juga penghantaran melalui jalan laut ni tapi kenalah sabar menunggu.


















Yang bestnya parcel yang paling lambat sampai tu datang sekali ngan parcel yang paling cepat sampai. Rasanya baru dua tiga hari lepas Yatt bagi tau yang dia dah pos barang, tau-tau dah sampai. Cepat betul pulak rasanya, mengalahkan courier.

Nantikan n3 yang seterusnya tentang isi kandungan kotak2 ni.. Wassalam...

Sunday, February 14, 2010

Selamat Hari Jadi Anakku (Mohamad Haikal)


14 February 1996 merupakan tarikh yang paling mama ingati dalam hidup mama. Kelahiran Haikal 14 tahun yang lalu masih segar dalam ingatan mama lebih dari kelahiran adik-adik yang lain. Ini kerana kelahiran Haikal telah menganugerahkan mama dengan gelaran ibu buat pertama kalinya, satu gelaran yang paling bererti buat semua wanita. Kelahiran Haikal juga merupakan hadiah "Valentine Day" yang sangat bererti dari baba untuk mama dan dari mama untuk baba. Semoga Haikal akan terus menjadi pohon yang subur tempat mama, baba dan adik-adik berteduh. Selamat Hari Jadi dari mama dengan doa restu semoga Haikal menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat..amin..

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku