Monday, June 14, 2010

Husil Hunting Terkini

















Salam semua. Tak sabar rasanya nak tunjuk husil hunting terkini. Tapi tak boleh nak cerita2 panjang sebab2 line tak baik sangat. kejap2 terputus. Hasil buruan ni ada extra so kalau ada rakan yg berminat sila jenguk kat sini

Pelita pun ada jugak..... 

Sticker Nostalgia World Cup 1982




















Salam semua. Dah lama tak dapat online sebab broadband hubby kat Sandakan dah kena cut sebab selalu sangat bertukar jadi berukband. Hari ini aku bersiaran langsung dari sebuah hotel di Lahad Dato (ikut hubby yang berkursus di sini). Oleh kerana dah gian sangat nak buat n3 aku pun godek2lah gambar lama yang tersimpan dlm lappy hubbyku ini. Jadi bersempena dengan demam piala dunia yang sedang melanda ni aku pun pilihlah gambar sticker Wold Cup 1982 yang ada dalam simpanan hubby . Jom layan sticker2 nostalgia ni ya...














Fail yang menyimpan koleksi old skool hubby. "Mr. Maggi , please dont make me angry, you wouldn't like me when i'm angry...". Ingat lagi tak dialog ini?












Dalam fail inilah sticker2 world cup itu dilekatkan.

















































Gambar2 yang membangkitkan nostalgia lama. 1982 aku masih di bangku sekolah rendah (darjah 2). Betapa aku merindui zaman itu....

Friday, June 4, 2010

My 15th Anniversary

























Salam semua. Semalam merupakan ulang tahun pertama blogku yang kudedikasikan khas buat suamiku sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 14. Ini bermakna semalam juga merupakan ulang tahun yang ke-15 perkahwinan kami. Sudah lama rupanya tarikh keramat itu berlalu namun masih terbayang jelas kemeriahan pada hari itu. Masih terbayang kegembiraan wajah emak dan bapa menerima menantu pertama, masih terngiang2 paluan kompang dan keriuhan saudara-mara  di majlis persandingan kami.Semoga kenangan indah ini akan tetap terpahat kukuh di hati kami dan semoga perkahwinan ini akan dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke akhir hayat kami...Amin...


Thank you dear...

Sometimes I forget to show
the loving thanks I should,
And often can't remember
little things you wish I would..
But I don't need reminding
to remember this is true..
My life is really wonderful
because of loving you

Happy Anniversary

Love,
Raineyana





Tuesday, June 1, 2010

Terima Kasih..















Salam semua. Dah lama benar rasanya aku tak buat n3 untuk blogku ini. Mana tidaknya pc di rumahku ini baru saja baik dari sakit (kena serang virus). Maaf kepada semua rakan2 kerana tak dapat membalas sapaan dalam shoutbox. Aku hanya dapat curi2 menjenguk blog dari sekolah sahaja. Dengan 25 waktu mengajar seminggu, jangankan nak buat n3, nak habiskan sepinggan mi pun kadang2 tak sempat, dah kena masuk kelas lagi. Hari ini aku ambik kesempatan buat n3 serba ringkas ni sebelum memulakan perjalanan ke Sandakan sebentar lagi.(sekolahku cuti awal kerana dah buat kelas ganti sebelum ni).















Jutaan terima kasih kepada kak Shima kerana sudi menerima tempahan signage yang cantik tu dariku.Walaupun Kak Shima kata dia baru belajar tapi signage antiques tu macam dibuat oleh orang yang dah pro.So kepada sesiapa yang berminat jangan segan2 buat tempahan dari Kak S kita tu. Tiga biji mangkuk Y &;P roses tu pulak adalah hasil barter kami berdua. Tq banyak ya kak...
















Yang ni pulak hadiah dari Kelly kerana menjadi antara follower terawal. Terima kasih banyak Kelly, akak suka sangat hadiah ni.




















Hadiah Mothers day dan Teachers Day dari anak-anak. Selain ibu aku juga cikgu kepada dua orang anakku Haikal dan Hilman.Tq sayang2 mama..

Sekian untuk kali ini. Selamat bercuti...
Related Posts with Thumbnails

putera puteriku