Thursday, January 28, 2010

My OC Collection


Salam semua. N3 kali ini aku nak kongsi koleksi OC ku yang seciput ini. Walaupun aku ada set lengkap OC
yang pernah aku tunjukkan sebelum ini tapi yang itu menurut apek yang Mat tanya berasal dari Malaysia manakala yang bercop mohorkan Oriental Ceramic saja berasal dari Jepun. Tapi tak taulah betulkah tak, seperti yang Mat kata apek2 ni pun bukan boleh percaya sangat. Semua set OC ni aku dapat dari kedai apek.


Trio set (gambar Cow Boy menunggang kuda) yang terdiri daripda teko, sugar pot dan creamer ni aku dapat dengan harga RM18 je. Murah kan? Kalau ada rakan2 yang jumpa set cawan dia roger2 ya..


Dua sugar pot yang dah pekak sebelah ni, nyonya tu bagi percuma je.



Pinggan besar (12 inci) ni pula ni pula nyonya tu jual RM3. Sebiji ni saja yang tinggal itu pun dah retak seribu.

Itu sajalah untuk kali ini ya. Wassalam...

Tuesday, January 26, 2010

My Japanese Widows


Salam dan selamat malam semua. Kali ini marilah kita berkongsi cerita mengenai janda-janda manis dari Negara Matahari Terbit ini. Janda2 ini aku temui di kedai apek yang sama di mana aku menemui anak2 yatim(Si Belang) dari Jepun sebelum ini. Janda2 yang comel loteh ini sengaja aku posingkan di sini untuk tatapan si Bujang dari Gopeng hehe...Jangan pula salah sangka, bukanlah untuk di jodohkan dengan dia, tapi untuk dicarikan pasangan masing-masing. Al maklumlah si Bujang kita tu memang hobi dia melawat tempat2 yang berpotensi untuk menemui pasangan kepada janda2 ni. hehe...ampun dik..

Janda tiga beradik. Diorang ni ada sepupu berwarna merah tapi malu nak ambik gambar secara solo(janda pingitan)

















Janda kekwa dua beradik. Pada pandangan mataku, yang ini paling vogue sekali















Dua janda ni yang paling malang, sudahlah tak ada laki, adik beradik pun tak tau di mana.

Itu sajalah serba sedikit kisah janda2 Jepun ku ini. Kepada Si Bujang yang baik hati tu, akak doakan adik berjaya menemukan diorang dengan pasangan masing2..
Wassalam..

Buluh Emas Lagi

Salam semua. Kali ni aku nak sambung balik kisah koleksi buluh emas dari apeks store room. Inilah dia keluarga terkecil buluh emasku, sebiji creamer jug, satu set cawan, 4 piring kuih dan 5 cawan duda. Aku pun tak pasti motif pada gambar pada set ini. Apa2 pun layan sajalah ya.....
Satu-satunya cawan suami isteri.
Creamer Jug
Piring kuih

Friday, January 22, 2010

Si Belang Yang Malang

Salam dan selamat malam semua. Setelah puas melihat kegembiraan keluarga2 yang ahli keluarganya bersatu, hari ini kita kongsikan pula kesedihan anak-anak malang dari Jepun ini yang telah ditinggalkan oleh ibu masing2. Aku menjumpai adik beradik Si Belang Biru, Si Belang Merah Jambu dan Si Belang Hijau ni tergolek di kedai apek. Adik beradik Si Belang Biru ni ada dua spesis. Spesis yang pertama, mempunyai belang biru besar pada bahagian bawah. Manakala spesis yang kedua pula, belang biru besarnya terletak dekat dengan mulut. Tanda lahir (cop mohor) pada kedua spesis ini juga tidak sama. Yang ini pula lima beradik Si Belang Merah Jambu. Si Belang Hijau ni juga terdiri daripada lima orang adik beradik. Menurut kata orang, ibu kepada Si Belang Hijau ni di kesan berada di sebuah rumah di Terengganu hehe....tengoklah Kak Chah kesian diorang tak ada ibu huk..huk.. Kepada sesiapa yang menemui ibu kepada anak-anak malang ini sila hubungi talian 0195832761. Ganjaran akan diberkan kepada sesiapa yang dapat menemukan mereka dengan ibu masing-masing. Sekian, terima kasih. Psst: jangan minta ganjaran mahal2 tau, kopak aku nak bayar untuk 3 orang ibu hehe...

Wednesday, January 20, 2010

Suci Dalam Debu Part 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini aku nak sambung kembali kisah "Suci Dalam Debu" hari tu. Inilah dia isi kandungan kotak kedua yang kotor dan berdebu tu. Seperti yg ku ceritakan sebelum ini apek kedai tu memang kedekut sebab dia langsung tak bagi kurang harga set ini dengan alasan harga yang tertera tu harga lama. Tapi kalaulah betul harga lama, mahal juga set ini jika dilihat pada nilai wang ketika itu. Bila aku tanyakan dengan lebih lanjut, apek tu dengan panjang lebar menerangkan bahawa set ini (dan set yg satu lagi) bukan diperbuat daripada seramik tetapi daripada porselin sebab itulah harganya lebih mahal. Walaupun aku ni tidak arif sangat tentang perbezaan antara seramik dan porselin aku iyakan saja,( tanya banyak2 takut pula apek tu marah dan langsung tak nak jual padaku). Sampai saja di rumah aku terus membandingkan set ini dengan set2 hadiah perkahwinanku 15 tahun yang lalu. Memang betul kata apek tu, set ini jauh berbeza dengan set2 hadiahku itu seperti Giacomo dan yg lain2. Permukaan set ini lebih licin dan bersinar dengan warna yang putih gebu serta lebih ringan. Selain itu perbezaan yang lebih ketara ialah corak pada set ini apabila diusap terasa licin (tidak timbul) berbanding dengan keluaran baru. Apa yang paling aku suka pada set ini ialah rim peraknya yang begitu tebal dan berkilau. Coffepot yang besar dan agak rendah
Cremer Jug yang berbentuk simple
Sugar Pot
Saiz cawan yang agak besar
Sebiji pinggan kek dan 6 biji piring kuih
Sekian dulu untuk kali ini. Wassalam...
Psst: Set ini ada extra, kalau berminat sila berkunjung ke,

Monday, January 18, 2010

Oriental Ceramic Malaysia

Salam dan selamat malam rakan-rakan semua. Kali ini aku nak kongsikan bersama set OC Malaysia yang aku temui sekampung dengan teaset rose 234 (nama yg diberikan oleh Kak Azah) malangnya ada satu set saja yang tinggal dalam simpanan apek tu.(klu tak, blh juga aku masukkan dlm My Little Shoppe hehe..) Set ini terdiri daripada teko, sugar pot, creamer jug, 6 set cawan and 6 keping piring kuih.
Teko gemuk yang berpenutup leper. Gambar pada teko agak kabur dan terdapat kesan retak seribu.
Yang ni pula sugar pot yang juga berpenutup leper
Creamer jug yang berbentuk lucu. (kontot, macam anak ayam tak ada ekor )
Cawan jenis kopi tiam yang agak besar Piring kuih aku tak ambik gambar solo sebab sama je dengan piring cawan Sebenarnya ada lagi set OC yang aku dapat tapi tak lengkap. Set yang itu pula hanya tertulis Oriental Ceramic je kat montot dia. Aku pun tak tau beza antara set2 tu. Mungkin rakan2 yang lebih senior dalam bidang ini dapat menerangkannya kepadaku yang hanya tau mengumpul ja ni..

Saturday, January 16, 2010

Two Tone Roses Dari Sedenak

Salam dan selamat malam semua. N3 kali ini aku dedikasikan khas untuk CMG kerana kesudiannya melepaskan set ini jauh menyeberang Laut China Selatan. Bunyi hon van Pos Malaysia petang tadi menamatkan penantian penuh debaranku. Selepas menantangani bukti penerimaan aku terus membuka kotak walaupun ketika itu aku sudah bersiap2 hendak keluar rumah. "Alhamdulillah" semuanya selamat. Terima kasih tidak terhingga kepada Mat kerana memenuhi impianku untuk memiliki set ini. Tidak terlintas di fikiranku Mat sudi menawarkan set ini sebagai pertukaran dengan set buluh emas hari tu. Semasa nak barter dengan Mat, aku tidak menetapkan apa2 sebagai pertukaran, jadi bila Mat menawarkan set ini aku sungguh gembira, bak kata pepatah "pucuk dicita ulam mendatang". Terima kasih daun keladi ya Mat, ada rezeki kita barter lagi... Empat set cawan A shape kiriman Mat 6 biji piring kuih yang begitu menawan dengan bibir berbiku emas yang masih tebal dan terang Sekian dulu untuk kali ini. Selamat malam dan selamat menghunting esok pagi....wassalam

Wednesday, January 13, 2010

"Kau Mawar Ku"

Salam dan selamat malam rakan2 semua. Kali ini aku nak kongsikan bersama set mawar pink yg telah memenuhi impian ku untuk memiliki set bunga ros/mawar yang lengkap. Walaupun set mawarku ini tidak seindah mawar2 di rumah rakan-rakan yang lain namun bagiku yang baru nak menambah koleksi lama ini sudah cukup membahagikan. Selain itu aku juga bersyukur kerana dapat berkongsi set ini dengan rakan2 yang lain. Kini Set Mawar pink ni sudah menghiasi beberapa rumah rakan-rakan di Penang, KL, KK dan tak lama lagi ke JB dan beberapa negeri yang lain (gembira sangat apek tu sbb aku dah tlg dia jual stok lapuk dalam stor dia hehe..)
Teko jenis coffepot yang tinggi lampai.(klu nak buat air kena guna senduk panjang)
Pandangan dari sudut yang lain teko
Sugar pot yang agak besar
Creamer jug yang comel
Set cawan yang agak kecil. Rasanya set ni sesuai untuk hidang ngan budak2 sebab kalau org dewasa sekali teguk saja dah habis.
Sebiji pinggan kek 10 inci dan 6 piring kuih
Inilah dia cop mohor/backstamp set ni
Sekian dulu untuk kali ini. Selamat malam..sweet dream
psst: kepada rakan-rakan yang berminat untuk memilliki set ini, sila berkunjung ke http://www.ryana74mylittleshoppe.blogspot.com

Tuesday, January 12, 2010

"Suci Dalam Debu"

Salam dan selamat pagi semua. Kali ini aku nak kongsikan bersama hasil rembatanku dari kedai apek yang bagi special gift hari tu (permainan Six Million Dollar Man). Sebenarnya ada dua set yang aku dapat dari kedai tu tapi kali ini kita buka dulu kotak yang pertama ya..
Nampak tak disebalik kotak yang kotor dan berdebu tu terpancar kilauan sinar dari creamer jug
yang sedang menjenguk melihat dunia luar selepas bertahun-tahun terkurung di dalam kotak tu...
Inilah dia seisi keluarga yang di keluarkan dari kotak itu. Walaupun belum dikategorikan sebagai antik atau klasik tapi bolehlah dikategorikan sebagai retro kerana menurut apek tu set itu sebaya ngan permainan Six Million Dollar Man tu. Tak apalah aku simpan sajalah sebab zaman cucu-cicit aku nanti mungkin set ini dah boleh dipanggil antik. Lagipun bukan senang nak dapat set lengkap seperti ini dari apeks...

Saturday, January 9, 2010

Geisha 3

Salam dan selamat malam semua. Malam ni kita sambung kembali cerita si buluh emas dari Jepun ni. Dalam banyak2 barang yang aku jumpa di stor apek tu, set ini lah yang paling banyak sekali. Malangnya tidak ada terselit sebiji pun teko dan sugar potnya. Creamer jug ni aku jumpa lebih kurang 4 biji rasanya. Set cawan ni pula pada mulanya ada 12 set semuanya. Tapi 4 set sudah berhijrah ke Sedenak dan 2 set lagi sudah dirisik oleh orang Gopeng yang sekarang ni sedang berusaha mencari calonnya.(hati2 ya Ezany jangan sampai bergaduh dengan anak apek lagi ya hehe..) Psst: Yatt dah lambatlah, org lain dah pinang dululah dik... Piring kuih ni walaupun sebahagiannya sudah dibarter ngan Mat dan sebahagian lagi telah dirisik Ezany, masih ada extra beberapa keping lagi. Begitu juga dengan piring duda. Jadi kepada rakan2 yang ingin melengkapi set buluh emas ni bolehlah kita menjalani sistem barter untuk melengkap set masing2 ya..
Related Posts with Thumbnails

putera puteriku