Sunday, July 18, 2010

Demam decoupage datang lagi..

Salam semua. Hari ni bersemangat nak buat n3 sebab dah ada monitor baru dan internet pun dah ok sikit taklah kena tunggu lama lagi. Tapi kali ni bukanlah pasal pinggan mangkuk lama tapi tentang hobiku masa kini. Sebenarnya semuanya bermula daripada papan signage pemberian Kak Azlina . Tq ya kak. Oleh kerana susah nak online maka aku menghabiskan masa freeku yg seciput ni dengan hasil keras tangan ku yang tak seberapa ni. Jom layan....























Inilah dia papan signage pemberian Kak Azlina yang dah siap didecoupagekan..













Signage Farmhouse yang dihasilkan dari kain apron lama.































Dua signage garden quote ni pulak, gambar dia amik dari kain sarung bantal lama














Yang ni juga dari sarung bantal lama..
































Antaranya yang telah menghiasi dinding anjung kecil ku..

Sekian dulu untuk kali ini. wassalam...

Wednesday, July 7, 2010

Post yang dah lama tertangguh..

Salam semua. Alhamdulillah, setelah sekian lama baru hari ni dapat online. Banyak sangat halangan nak berblogging ni. Mula2  pc kena virus, lepas tu streamyx pulak meragam.  Bila dah ok monitor pulak bual hal, kena on sejam awal, bagi panas barulah nampak gambar. Dah lah kita ni nak kena berkejar ngan masa dia pulak buat hal.So hari ni aku ambik kesempatan buat n3 yang dah lama tertangguh ni.














Mula2 nak tunjuk dulu hadiah yang ku dapat hasil EG Eija dulu. Hadiah ni dapat dari kak Mas JB. Hari tu kak Mas pesan kalau nak N3 cawan2 tu, masukkan sekali  pinggannya supaya lebih meriah. Tq banyak ya kak, suka sangat dapat cawan2 tu setelah sekian lama pinggan2 tu tak berteman.
Masa mula2 dapat tau pasangan EG ni, kak Mas yg sms sebab masa tu tak dapat online. Bila sms Eija tanya nak kena bagi hadiah ngan sapa pulak Eija kata ngan Kak Sue Antik. Ha.. sudah! kena ngan otai pulak, segannya, tak tau nak bagi apa. Harap2 Kak Sue sukalah ngan hadiah yg bakal diterima. Kalau tak suka pun buat2 sukalah ya kak  hehe...














Seterusnya nak N3 yang ni pulak. Kenal tak sapa ni? Inilah dia Baiti dan suami yang sudi berkunjung ke rumahku. Masa Baiti bagi  tau nak datang malam tu, risau jugak tak tau nak hidang apa. Orang datang  dari jauh tak kan nak hidang kuih je kan? so menu yang paling cepat dapatku sediakan, mi udang.














Tengok tu berminyak2 mukaku. Mana taknya balik je dari sekolah aku terus bekejar  ke dapur. Excited sangat nak menyediakan hidangan untuk tetamu yang datang dari jauh ni. Tq akak ucapkan pada Baiti dan suami kerana sudi menziarahi akak. Tq juga untuk hadiah perkenalan tu ya...

Sekian dulu untuk kali ini. Sehingga berjumpa dia lain N3.. (bilalah agaknya ya ?) 
Related Posts with Thumbnails

putera puteriku