Monday, March 29, 2010

Dah jumpa...




















Salam pagi Isnin semua. Minggu lalu merupakan minggu yang memenatkan bagiku sebab dapat cuti sehari je.Hari Sabtu sekolah buat kelas ganti untuk bulan Jun nanti. Walau bagaimanapun kepenatan ku terubat apabila terjumpa almari display lama yang dah lama aku cari. Sebelum ini setiap kali aku masuk kedai perabot jawapan yang sama aku dapat, "almari macam tu tidak jual lagi, fesyen lama, orang tak mau lagi". Iyakah orang tak mau? tapi aku mau...
Almari ni aku jumpa dari sebuah kedai perabot kecil, itu pun taukeh dia dah simpan dalam stor. Yang aku tak berapa berkenan dalam dia dicat kaler pink pulak. Oleh kerana ada satu je aku pun ambik jugalah, ada masa nanti boleh make over. Mulanya aku nak letak dlm dapur je tapi memandangkan kaler dalam almari tu lebih kurang ngan cat ruang makan, aku pun letaklah dlm ruang makan. Ok gak kan?.

Thursday, March 25, 2010

Jom Join Giveaway Teratak Puteri















Salam rakan2 semua. Jom ramai2 join GA Kak Chah di sini http://www.teratakputeriqareshah.blogspot.com/

Syarat2 pun tak susah,
1- Tarikh peraduan bermula hari ini sampai 31hb March, 2010
2 -Terbuka kepada semua kawan-kawan di Malaysia sahaja yg menjadi Follower & Yang Bukan   
     Follower..kalu yg tak jadi follower lagi tu bolehlah follow ..Yang bukan follower boleh tinggalkan
     jejak agar senang untuk  hubungi..
3- Hendaklah memberi komen dalam entry GA tu.(komen di shoutbox tidak diambil kira) dan link kan blog
     kak Chah pada blog masing2 supaya yg lain2 bloggers dapat tahu tentang peraduan ini..(lagi ramai..lagi
     meriah..)
4-Tarikh tutup peraduan ni pada 31hb March, 2010..pemenang akan diumum pada 1hb April, 2010
5- Cabutan hadiah akan diundi oleh pemilik Teratak Puteri...Puteri Qareshah..tiada istilah pilih kasih dalam   
    cabutan ini.

Wednesday, March 24, 2010

Selamatkah Mereka?




















Salam semua. Setelah melihat musibah yang menimpah adik Ezany kita, aku terus membatalkan niat nak menukar lantai papan almari ni kepada lantai kaca. Sebelum ni aku dah pujuk hubby untuk tukar lantai almari ni kepada kaca kerana pada pandanganku lantai kaca akan lebih menyerlahkan lagi barang2 yang tak seberapa dalam almari ni. Takut juga kalau almari yang penuh sesak ni runtuh dan meranapkan barang2 kesayanganku ini, mau tiga hari tiga malam juga aku nangis hehe.... Tengoklah keadaan diorang dlm lemari tu, kesian.....kalaulah diorang tu blh bergerak, agaknya dah lama diorang merontah2 nak keluar. Tak apalah, kalau ada rezeki nanti bolehlah aku carikan diorang rumah baru...
Apa2 pun semuanya kuasa Allah, kalau ditakdirkan runtuh, letaklah lantai besi sekalipun tetap akan runtuh juga. Kita sebagai hambaNya yang lemah harus redah dengan setiap ujian yang diberikan pada kita...

Wassalam.....

Monday, March 22, 2010

Assorted JB (Johnson Brothers)


















Salam dan selamat pagi Isnin semua. Setelah bercuti panjang selama seminggu maka hari ini bermula tugas-tugas harian seorang guru seperti aku. Oleh kerana aku bertugas sebelah petang sempat juga aku berblogging sekejap. N3 kali ini aku nak kongsi sedikit lagi koleksi JB yang ada di My Little House ini.












Set Road to Windsor.
Jumpa di kedai apek, masih dalam kotak yg asal. Terdiri daripda sekeping pinggan kek dan 6 keping piring kuih. Tak taulah keluaran tahun berapa tapi kalau dilihat pada kesan retak seribunya, agak lama jugalah.












Set WaterMill. 4 biji salad bowl 5". Juga dari apeks.






























English Country Life. Sebiji piring kuih 6". Apek mali jugak.



















Sebiji pinggan makan Khyber. Dalam banyak2 JB ku yang ini palingku sayang sebab dahlah cantik dapat free pulak tu hehe....Pinggan ni pemberian seorang rakan maya. Tak perlulah ku sebut namanya sebab abang ni seorang yang low profile katanya....Tq yg tidak terhingga pada abang tu kerana sudi memberikan pinggan warisan bondanya ini padaku.

Itu sajalah untuk kali ini. Kepada rakan2 yg sebidang dgnku, selamat kembali ke sekolah....

Thursday, March 18, 2010

Jauhnya berjalan, ini saja yang dapat....












Salam semua. Kali ni nak kongsi hasil buruan yang tak seberapa ni. Jauh tau aku pergi memburu kali ini...

 Sebenarnya tak rancang pun nak pegi tempat tu. Anak2 pun tertanya2, "kita mau pegi mana ni ba?" Baba diorang selamba je jawab" tak payah tanya2 ikut je".




























Akhirnya sampailah  ke tempat yg dituju, Pekan Lawas Sarawak. Anak2 macam tak percaya je kami dah sampai ke Sarawak tapi bila dengar siaran radio dah bertukar bahasa (tak tau bahasa Iban ke atau bahasa sarawak yg lain) barulah diorang percaya hehe...Sebenarnya rancangan awal nak pegi Pekan Sipitang je, sebab dah 36 tahun aku hidup belum pernah sekali pun aku menginjakkan kaki ke pekan tu. Oleh kerana nampak kat papan tanda, Pekan Lawas tak jauh dari situ, aku pun teruslah beri cadangan supaya kami meneruskan perjalanan ke sana dengan harapan yg tinggi menggunung. Tapi jangankan gunung, busut pun tak dapat....Jumpa sebuah kedai yang banyak pinggan mangkuk dan aneka barang lama tapi tak nak jual pulak. Aku hairanlah, apasallah nyonya tu letak barang2 tu kat kedai, kalau dia buka galery pamerankan lebih baik. Ini tak, semua yang orang nak beli dia tak jual, buat menyakitkan hati je.
















Tea set cinonet ni jumpa kat sebuah kedai pinggan mangkuk. Rasanya set ni permainan untuk kanak2 tapi sayang juga nak bagi anak2 main sebab set ni diperbuat daripada seramik. Nasib baik ada dua set, satu set baba beli untuk Aalia, satu set lagi untuk mama dia, taklah berebut2 nanti hehe....Cuba perhatikan bunga pada set ni, samakan ngan pelita tu? tapi pelita tu dah lama beli dari apeks Sandakan.










Sugar pot dan creamer jug ni jumpa kat meja kedai pinggan mangkuk tu. Nyonya tu dah tak nak jual sebab saudara mara dia yang lain dah pecah tinggal 2 beradik ni je. Oleh kerana aku nak juga, dia pun juallah dengan harga yang berbaloi3














Pelita giant ni pulak jumpa kat kedai lain. Ada banyak lagi kat kedai tu tapi aku ambik 2 bijik je sebab dah tak ada chimney. Tak taulah plita ni jenis lama ke baru tapi kalau tengok dari kondisi dia yang dah berkarat nampak lama juga tapi kalau tengok pada gambar amoi tu nampak moden pulak.Cuba bandingkan pelita amoi ni ngan pelita nyonya biasa tu, jauh lebih besarkan? tapi tak tau pulak pelita ni made in mana, coz cuma ada tertulis jenama dia je, "Bagong", pelik juga bunyinya kan?

Sekian dulu untuk kali ini, wassalam...

Sunday, March 14, 2010

My Moms Collection: Set Airmata













Salam pagi Ahad semua. Pagi2 ni rasanya ramai rakan2 yang sedang menghunting ni. Ingatkan cuti panjang ni boleh pegi mengendeng di kedai2 apek kat ceruk2 negeri sana tapi apakan daya terlalu banyak halangan. Mana anak2 ada aktiviti di sekolah, mana emak diorang ni pulak banyak kertas student nak periksa, mana nak buat pembersihan rumah besar-besaran lagi terpaksalah kependamkan saja kerinduaanku pada apek-apek tu. Sebelum memulakan house keeping, aku nak kongsikan dulu set air mata pemberiaan mak padaku. Set ni mak dapat secara kutu-kutu ngan kawan2 sekampungnya lebih kurang 25 tahun yang lalu. Maklumlah nak beli cash tak mampu sebab gaji bapa sebagai operator di Jabatan Telekom dulu bukanlah besar sangat. Mak mewariskan set ini padaku kerana percaya anaknya yang seorang ini akan menjaga barang2 ini dengan baik.(dua orang adikku langsung tak minat dengan semua ni)




















Enam keping pinggan bujur leper 10 inci





















Empat keping pinggan leper 12 inci










Lima keping pinggan mungkum 5 inci dan empat biji mangkuk saiz yang sama











Sebiji mangkuk bujur dan mangkuk bulat bersaiz 10 inci















Lima set cawan dan sekeping piring duda














Empat set gelas bersama coaster.Ada sekeping lagi coaster duda sebab gelas dia dah pecah.
Psst: sebenarnya gelas tu pecah semasa sambutan Hari Raya di kelasku sewaktu aku tingkatan 3 dulu, aku senyap2 bawa tanpa pengetahuan mak. sampai sekarang mak tak tau hehe....ampun mak..

Sekian dulu untuk kali ini, sehingga berjumpa dilain n3, wassalam & Happy Hunting...

Friday, March 12, 2010

Jom ramai2 join Kak Itajeff Giveaway

Giveaway ini terbuka untuk teman2 di seluruh Malaysia,  hanya tinggalkan 1 komen, terbuka hingga 16hb Mac 2010 jam 12.00 tengahari. Kalau ada yg nak buat n3 ttg giveaway ni kat blog masing2pun boleh...malah amat dialu-alu2kan..

Kalau Padi Katakan Padi,....














Kalau padi katakan padi,
tidak saya tertampi-tampi,
kalau jadi katakan jadi,
tidak saya ternanti-nanti.

Salam pagi Jumaat  semua. Hari ni  bukan nak ajak rakan-rakan semua berbalas pantun, saja je nak bagi kelainan pada tajuk n3 kali ini. Bukan apa, semenjak dua menjak ni ramai pulak rakan-rakan yang bagi tajuk ala-ala tajuk novel/cerpen pada n3 masing-masing. Kalau dilihat pada puisi Melayu lama terutama pantun, banyak menggunakan unsur-unsur alam terutama padi dalam bait-baitnya (tiba2 je cikgu Matematik ni mengajar Sastera pulak hehe...). Padi memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Iyalah kalau tak ada padi tak adalah beras yang menjadi makanan utama kita. Apa2 pun layan jelah koleksi bunga padi ku ini...











Teko dan anak-anaknya ini adalah hasil barter ngan Kak Aton. Terima kasih sangat2 pada kak Aton yang sudi melepaskan set ini kepadaku. Kalau rakan2 ada sugar pot dan Creamer jug yang nak di letgo jangan lupa daku ya...














Sepasang cawan belah kanan tu adalah hasil barter ngan seorang silent reader yang kini telah menjadi rakanku. Tq CD. Cawan janda tu pulak pemberiaan rakan sekerjaku, Julie. Suka tengok bentuk cawan ni, bibir berlekuk macam cawan maharani tapi tak ada gelang emas kat kaki.(agaknya cawan ni taraf gundik je kot hehe... )















Pinggan leper 10 inci dan pinggan mungkum 8 inci ni pun hasil barter ngan CD juga. Manakala pinggan leper berbiku tu pulak dapat dari apek 3 keping tapi sekeping dan jadi arwah huhu....

Sekian dulu untuk kali ini, wassalam...

Monday, March 8, 2010

Rumah Teres, Rumah Pangsa














Salam dan selamat malam semua. kali ni aku nak perkenalkan penghuni rumah teres dan rumah pangsa yang kubina khas untuk menempatkan koleksi2 kesayanganku.


Tiga blok rumah teres ini dihuni oleh keluarga teko kangkung dan keluarga OC. Dua blok dikuasai oleh keluarga besar teko kangkung (hari tu dah buat n3).










Inilah dia jiran kepada teko2 kangkung tu. Keluarga OC yang terdiri daripada 3 teko, 3 sugar pot dan 1 creamer jug. Keluarga ini mendapat keistimewaan untuk tinggal di rumah ini kerana mempunyai 2 ahli kelurga yang OKU (ingat tak lagi 2 sugar pot pekak sebelah pemberiaan nyonya hari tu hehe...). Perihatin dengan nasib malang sugar pot tu, Yatt dengan rela hati telah mengirimkan ibu mereka masing-masing. Tq Yatt. Psst: akak tengah usaha cari tukaran untuk si ibu yg satu tu.
































Rumah pangsa ini pulak menempat teko2 ibu tunggal yang ada dirumahku ini. Tingkat yang di atas sekali tu dihuni oleh teko bunga lawang dari Kak Sue. Tingkat yang seterusnya diduduki oleh teko bunga kekwa kuning dari Kak Aton. Diikuti oleh teko single rose dari Tasha, teko kekwa merah dari Yatt, teko kangkung tangkai dari Ezany dan teko jalur bunga pink dari Apek. Sebenarnya ground floor rumah pangsa ini dihuni oleh teko bulat bunga bakul pink tapi dia malu nak tunjukkan diri kerana kecacatan yang terdapat pada mulutnya(sumbing).

Sekian dulu untuk kali ini. Semoga berjumpa dilain n3, wassalam..

Thursday, March 4, 2010

Jom Sarapan..


















Sarapan ala kampung. Teh O dan cekodok pisang keling (nama tempatan di Sabah, tak tau di Semenanjung panggil pisang apa). Terliur nampak cekodok kak Azzah hari tu, tak jumpa pisang Sabah (local name), bantai pakai pisang keling tapi rasanya lagi sedap tau...











Sarapan ala kedai kopi (Kopi Tiam). Teh susu dan roti bakar (telur 1/2 masak masih dlm periuk)

Tuesday, March 2, 2010

Sarung Bantal Dan Tabir Retro















Salam dan selamat pagi semua. Hari tu dah janji nak buat n3 khas untuk background sudu2 tu kan? Sebenarnya kain background yang akugunakan untuk n3 hari tu ialah sehelai sarung bantal retro yang aku jumpa dari apeks. Menurut apek tu, sarung bantal dan tabir pintu tu sudah tersimpan hampir 40 tahun dalam kedainya dan tidak ada orang yang nak beli sebab dah terlalu lama hingga warna putih pun dah bertukar kekuningan. Semasa aku jumpa sarung2 bantal dan tabir2 ni pun condition dia baik sikit je dari kain lap dapur di rumahku. Apa yang menarik aku untuk membelinya ialah sulaman pada sarung bantal dan tabir tu begitu indah pada pandangan mataku. Lagipun apek tu jual murah je padaku. Harga 40 tahun yang lalu RM9.50 sepasang tapi apek tu bagi special prize RM7 je sepasang.



















Selepas melalui proses perendaman selama beberapa hari inilah hasilnya. Suspen juga masa nak keluarkan dari mesin basuh, manalah tau dah koyak rabak sebab dahlah kain lama letak clorox pun hampir setengah botol. Apa yang menakjubkan aku warna pada sulaman itu langsung tak terjejas. Benang apalah yang diorang gunakan agaknya, betul2 berkualiti tinggi. Pada mulanya aku nak gunting dan bingkaikan saja sulaman pada sarung bantal ni, tapi sayang juga..
























Motif bunga kekwa dan rama-rama ni begitu cantik sekali

























Motif yang agak brutal. Naga dan burung pheonix..







Ini pula tabir pintu yang bermotifkan ikan emas. Tabir pintu ni begitu nostalgia bagiku kerana seingat aku setiap pintu bilik rumah dulu2 mesti ada tabir. Kadang2 tu langsung tak ada daun pintu hanya tabir semata-mata.



















Satu lagi tabir yang bermotifkan sepasang burung yang sedang bercanda di sebalik pepohonan bunga yang indah. Romantik gitu..

Setelah memiliki sarung bantal dan tabir retro ni tetiba je ke aku teringin nak tidur dalam kelambu. Apa hal pulak aku ni? padahal dulu aku memang tak suka tidur dalam kelambu. Kalau tidur dengan nenek aku akan tidur dengan kepala berada di luar kelambu, rasa tak boleh bernafas kalau tidur dalam kelambu. Masa tinggal di asrama dulu pun aku lebih rela jadi santapan nyamuk daripada tidur dalam kelambu.  Sekarang ni nak cari kelambu pulak. Tak taulah sejak akhir-akhir ni jiwa retro aku makin menjadi-jadi pulak.Dengar radio pun asyik2 Sinar FM. Mungkinkah disebabkan usiaku yang sudah menghampiri kepala 4 (40-an) ? aku pun tak tau......
Related Posts with Thumbnails

putera puteriku