Thursday, March 18, 2010

Jauhnya berjalan, ini saja yang dapat....












Salam semua. Kali ni nak kongsi hasil buruan yang tak seberapa ni. Jauh tau aku pergi memburu kali ini...

 Sebenarnya tak rancang pun nak pegi tempat tu. Anak2 pun tertanya2, "kita mau pegi mana ni ba?" Baba diorang selamba je jawab" tak payah tanya2 ikut je".




























Akhirnya sampailah  ke tempat yg dituju, Pekan Lawas Sarawak. Anak2 macam tak percaya je kami dah sampai ke Sarawak tapi bila dengar siaran radio dah bertukar bahasa (tak tau bahasa Iban ke atau bahasa sarawak yg lain) barulah diorang percaya hehe...Sebenarnya rancangan awal nak pegi Pekan Sipitang je, sebab dah 36 tahun aku hidup belum pernah sekali pun aku menginjakkan kaki ke pekan tu. Oleh kerana nampak kat papan tanda, Pekan Lawas tak jauh dari situ, aku pun teruslah beri cadangan supaya kami meneruskan perjalanan ke sana dengan harapan yg tinggi menggunung. Tapi jangankan gunung, busut pun tak dapat....Jumpa sebuah kedai yang banyak pinggan mangkuk dan aneka barang lama tapi tak nak jual pulak. Aku hairanlah, apasallah nyonya tu letak barang2 tu kat kedai, kalau dia buka galery pamerankan lebih baik. Ini tak, semua yang orang nak beli dia tak jual, buat menyakitkan hati je.
















Tea set cinonet ni jumpa kat sebuah kedai pinggan mangkuk. Rasanya set ni permainan untuk kanak2 tapi sayang juga nak bagi anak2 main sebab set ni diperbuat daripada seramik. Nasib baik ada dua set, satu set baba beli untuk Aalia, satu set lagi untuk mama dia, taklah berebut2 nanti hehe....Cuba perhatikan bunga pada set ni, samakan ngan pelita tu? tapi pelita tu dah lama beli dari apeks Sandakan.










Sugar pot dan creamer jug ni jumpa kat meja kedai pinggan mangkuk tu. Nyonya tu dah tak nak jual sebab saudara mara dia yang lain dah pecah tinggal 2 beradik ni je. Oleh kerana aku nak juga, dia pun juallah dengan harga yang berbaloi3














Pelita giant ni pulak jumpa kat kedai lain. Ada banyak lagi kat kedai tu tapi aku ambik 2 bijik je sebab dah tak ada chimney. Tak taulah plita ni jenis lama ke baru tapi kalau tengok dari kondisi dia yang dah berkarat nampak lama juga tapi kalau tengok pada gambar amoi tu nampak moden pulak.Cuba bandingkan pelita amoi ni ngan pelita nyonya biasa tu, jauh lebih besarkan? tapi tak tau pulak pelita ni made in mana, coz cuma ada tertulis jenama dia je, "Bagong", pelik juga bunyinya kan?

Sekian dulu untuk kali ini, wassalam...

7 comments:

LiTtLe^m3 said...

wah.. rajinnya dia berjalan meng"hunting". kadang2 mcm tu la puas berjln tapi x dpt apa yg dihajati.

♥ItaJeff♥ @Something To Share said...

Salam...
wah wah wahhh smpai Lawas bha ko Ryana, punya men rajin ni hehehe...itu teaset mainan tu ndada lebih ka...mcm teringin ni hehe

Ryana said...

Salam Baiti
Cuti2 sekolah ni blhlah gi menghunting sikit2 tapi tengoklahlah hasil dia yang seciput tu...
psst: brg akak dah hntar ke Sembulan ya

Ryana said...

Salam kak Ita.
hahaha..sdh terlebih rajinlah tu kak sampai sanggup menyeberang sempadan. malangnya dpt hasil sempurut jak hehe..Teaset tu ada dua set tapi awal2 lagi my princes dah warning, "jangan jual ya, itu Yaya punya"...tunggulah dia lupa2 dulu(biasalah bdk2 ni masa baru dpt jak suka)

~Yatt~ said...

salam kak ryana..
tu diaaa akak..jauhnya hunting..wpun hasil seciput..tapi puas hati kan dapat jalan2 hunting..
ye lahh akak..sama bunganya dengan pelita tu..saya hanya ada pelita sama bunganya dari eija & mangkuk nasi..
sweeettttt sangat children teaset tu..kalau buat main2 ngan barbie mesti cun..adehhhhh..takde anak dara dalam rumahku..hehe

Ryana said...

salam Yatt.
Iyalah Yatt dapat seciput pun sekurang-kurangnya dapat juga menginjakkan kaki ke bumi Sarawak hehe..Teaset set tu memang Aalia dah booked awal2 satu set, siap bagi amaran lagi,jangan jual.Dulu masa belum ada Aalia akak pun selalu jelouse tngk orang lain ada anak dara...

蚵仔麵線Jeff said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku