Monday, March 29, 2010

Dah jumpa...




















Salam pagi Isnin semua. Minggu lalu merupakan minggu yang memenatkan bagiku sebab dapat cuti sehari je.Hari Sabtu sekolah buat kelas ganti untuk bulan Jun nanti. Walau bagaimanapun kepenatan ku terubat apabila terjumpa almari display lama yang dah lama aku cari. Sebelum ini setiap kali aku masuk kedai perabot jawapan yang sama aku dapat, "almari macam tu tidak jual lagi, fesyen lama, orang tak mau lagi". Iyakah orang tak mau? tapi aku mau...
Almari ni aku jumpa dari sebuah kedai perabot kecil, itu pun taukeh dia dah simpan dalam stor. Yang aku tak berapa berkenan dalam dia dicat kaler pink pulak. Oleh kerana ada satu je aku pun ambik jugalah, ada masa nanti boleh make over. Mulanya aku nak letak dlm dapur je tapi memandangkan kaler dalam almari tu lebih kurang ngan cat ruang makan, aku pun letaklah dlm ruang makan. Ok gak kan?.

6 comments:

~Yatt~ said...

salam kak ryana..
wahhhh..syabass ler akak..dapat gak seketui almari lama..nampak kukuh kan lemari lama tu..saya terbekenan tengok plates JB yang tersusun kat atas tu..lawaaaaa..
takpe akak..make over kemudian2 pun ok..padan pulak letak kat situ..sama2 pink2.. ;)

Shariff64 said...

Salam Ryana..Tahniah dapat almari lama..sungguh menawan dgn hiasan yg ada. Grand tue.

♥ItaJeff♥ @Something To Share said...

Salam Ryana..
bah bah bah..di mana bah dia dpt ni...heheheh..cuba kasitau lu kedai mana tu...hehe...yg isi di dalam tu pun lawa2 ni...i like!

Ryana said...

salam yatt.
Tq. betul yatt, lemari ni walaupun agak kasar buatannya tapi memang kukuh. plates JB tu dah lama terperuk dlm almari, tak tau nak letak mana.sesuai juga bila display atas lemari tu kan...

Ryana said...

Salam Bro Shariff..
Tq. Tapi lemari antik abg tu lagi menawan kalbu. bilalah nak dpt lemari mcm tu?

Ryana said...

salam kak Ita..
saya jumpa di kedai perabot yg x famous tu jak kak hehe... Jackson funiture dkt kmpg tebobon tu(jln tuaran lama).Isi dlm lemari tu biasa2 jak tu...

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku