Sunday, March 14, 2010

My Moms Collection: Set Airmata













Salam pagi Ahad semua. Pagi2 ni rasanya ramai rakan2 yang sedang menghunting ni. Ingatkan cuti panjang ni boleh pegi mengendeng di kedai2 apek kat ceruk2 negeri sana tapi apakan daya terlalu banyak halangan. Mana anak2 ada aktiviti di sekolah, mana emak diorang ni pulak banyak kertas student nak periksa, mana nak buat pembersihan rumah besar-besaran lagi terpaksalah kependamkan saja kerinduaanku pada apek-apek tu. Sebelum memulakan house keeping, aku nak kongsikan dulu set air mata pemberiaan mak padaku. Set ni mak dapat secara kutu-kutu ngan kawan2 sekampungnya lebih kurang 25 tahun yang lalu. Maklumlah nak beli cash tak mampu sebab gaji bapa sebagai operator di Jabatan Telekom dulu bukanlah besar sangat. Mak mewariskan set ini padaku kerana percaya anaknya yang seorang ini akan menjaga barang2 ini dengan baik.(dua orang adikku langsung tak minat dengan semua ni)




















Enam keping pinggan bujur leper 10 inci





















Empat keping pinggan leper 12 inci










Lima keping pinggan mungkum 5 inci dan empat biji mangkuk saiz yang sama











Sebiji mangkuk bujur dan mangkuk bulat bersaiz 10 inci















Lima set cawan dan sekeping piring duda














Empat set gelas bersama coaster.Ada sekeping lagi coaster duda sebab gelas dia dah pecah.
Psst: sebenarnya gelas tu pecah semasa sambutan Hari Raya di kelasku sewaktu aku tingkatan 3 dulu, aku senyap2 bawa tanpa pengetahuan mak. sampai sekarang mak tak tau hehe....ampun mak..

Sekian dulu untuk kali ini, sehingga berjumpa dilain n3, wassalam & Happy Hunting...

5 comments:

♥ItaJeff♥ @Something To Share said...

Salam Ryana...
Baru kak tau nama set ni Airmata...klu dulu2 mmg org suka guna ni kan...klu ndak silap mcm ada jg mama kak simpan ni...:-)

Shariff64 said...

salam ryana,kalau cerita pasal set air mata meleleh air mata bonda2 kita nak dapatkan set camni dulu.
Betulkan kata ryana kalau tak main kutu & tak berhutang..tak dptlah set cam nie.Dirumah shariff banyak koleksi airmata jernih nie..Insyallah nantikan sharif akan buat sale set air mata biru dlm masa terdekat nie..

Ryana said...

salam kak ita.
baru sekarang dpt on9. maklumlah cuti sekolah ni gatal jak kaki mau berjalan hehe..saya baru dpt tau nama set ni dari blogger yg lain. org dulu2 bnyk juga simpan set ni kak

Ryana said...

salam shariff
Iyalah mak saya kata kebanyakan barang2 yg dia ada dapat dengan main kutu2 ngan kawan2, kalau tak, tak merasalah. kesian juga dengar cerita diorang tu. Untung shariff banyak mewarisi set2 lama ni

LiTtLe^m3 said...

hi kak ryana.. byk btul collection dia! sejak meminati brg2 lama mak saya selalu offer barang2 dia suruh saya simpan. nantilah saya buat entry pasal brg2 saya lepas dh masuk rumah baru nanti. sekarang ni semua barang berbalut lagi dlm kotak tunggu utk dipindahkan. jeles jugak tgk2 collection semua org.

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku