Thursday, September 30, 2010

Pinggan Mangkuk Lama Pengganti Bunga di Hari Raya

Salam dan selamat sejahtera semua. PMR tak sampai seminggu lagi, debaran semakin terasa tapi kebanyakan pelajarku nampak selamba saja seolah2 diorang dah benar2 bersedia menghadapi peperiksaan tu tapi sebaliknya aku saja yang tahu. Sikap pelajar2 ku tahun ini betul2 membuatkan aku stress. Oleh kerana tak mau termasuk dalam statistik guru yang sakit jiwa di Malaysia aku pun buatlah n3 ni untuk mengurangkan stress. Seminggu sebelum raya aku dah rendam jambangan2 bunga yang berhabuk di rumahku malangnya aku hilang mood untuk menggubah bunga2 tu semula. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menggantikan bunga2 tu dengan susunan pinggan mangkuk lama. Ternyata bunga2 pada pinggan mangkuk lama tu mampu menceriakan suasana. Jom layan...















Sebakul pinggan mangkuk yang bermotifkan bunga mawar..














Peony merah aka teratai layu di tasik madu...














Jug retro bersama anak2nya..































3 tier rack yang dihiasi set2 lama (yg tak lengkap..) yang bermotifkan Bunga kangkung, Victorian rose dan Bunga lawang (iyakah bunga lawang?)































Corak belang ni pun nampak menarik juga. Bunga matahari tu hubby yang letak kang kalau aku alihkan merajuk pulak dia, bior ajelah...

Sekian dulu buat kali ini. Kepada rakan2 blogger sekali lagi diucapkan selamat hari raya aidilfitri, sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan sepanjang kita berkenalan maaf zahir dan batin dipinta...

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin Daripada Kami Sekeluarga.
Semoga  berbahagia di hari yang mulia ini...

Wednesday, September 8, 2010

Salam Ambang Aidilfitri 2010...

Salam semua. Tentu sekarang ni tengah sibuk membuat persiapan menyambut hari raya yang bakal menjelang. Tak terkecuali aku. Dalam pada sibuk-sibuk ni sempat juga mengupdate blogku yang dah bersawang ni. Tentunya dalam menyambut hari raya ni kanak-kanaklah yang paling gembira sekali.Melihatkan kegembiraan anak-anakku bermain pelita dan bunga api, ingin rasanya aku kembali ke zaman kanak2ku...

 
Related Posts with Thumbnails

putera puteriku