Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini aku nak sambung kembali kisah "Suci Dalam Debu" hari tu. Inilah dia isi kandungan kotak kedua yang kotor dan berdebu tu. Seperti yg ku ceritakan sebelum ini apek kedai tu memang kedekut sebab dia langsung tak bagi kurang harga set ini dengan alasan harga yang tertera tu harga lama. Tapi kalaulah betul harga lama, mahal juga set ini jika dilihat pada nilai wang ketika itu. Bila aku tanyakan dengan lebih lanjut, apek tu dengan panjang lebar menerangkan bahawa set ini (dan set yg satu lagi) bukan diperbuat daripada seramik tetapi daripada porselin sebab itulah harganya lebih mahal. Walaupun aku ni tidak arif sangat tentang perbezaan antara seramik dan porselin aku iyakan saja,( tanya banyak2 takut pula apek tu marah dan langsung tak nak jual padaku).
Sugar Pot










No comments:
Post a Comment