Friday, January 8, 2010

Set "Sanyo Japan"

Salam semua. Sebelum meneruskan kesinambungan cerita set2 geisha Jepun tu, aku selitkan dulu cerita yang juga berasal dari negara matahari terbit itu. Sebelum ini aku ingatkan peralatan letrik saja yg ada jenama sanyo, pinggan mangkuk pun ada rupanya. Set ini pun aku jumpa di kedai apek yg sama aku jumpa set2 geisha tu. Rasanya kebanyakan barang2 yang aku jumpa di kedai apek tu termasuk pasu/vase adalah "Made in Japan". Set ini terdiri daripada sebiji teko dan 5 set cawan saja. Nyoya tu cakap set ini memang macam tu saja. Aku pun tak pasti sama ada set ini boleh dikategorikan sebagai lama atau tidak, tapi menurut tuan punya kedai tu set ini memang sudah lama tersimpan di kedainya, walaupun tidak selama set2 geisha tu tapi seangkatan dengan set ORIENTAL CERAMIC yang ada di kedai tu. (lepas ni kita tengok pula edisi OC pula ya..) Apa2 pun aku tak kisah lama atau tidak set ini betul2 menarik hatiku untuk membawanya pulang ke rumah. Bukan saja aku malah puteri tunggal ku juga sangat tertarik melihat gambar budak perempuan yg sedang bermain dengan burung pada teko dan cawan set ini. Bahkan puteriku itu juga berjanji akan menjaganya baik2 sekiranya aku sudah meninggal nanti.(sedap saja dia sebut perkataan 'meninggal', seolah2 meninggal tu macam pergi ke kedai sekejap je, hehe.. Aalia2) Corak timbul pada set inilah yang menjadikan begitu menarik pada pemerhatianku. Walaupun tebal tetapi sebenarnya teko dan cawan set ini agak ringan. Yang comelnya tangkai penutup teko ini ialah seekor burung yg sedang bertenggek. Cawannya yang berbentuk mug dan piring yg nampak bulat tetapi sebenarnya bersegi empat Sekian dulu untuk kali ini. Assalamualaikum dan selamat malam... bye

No comments:

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku