Sunday, February 14, 2010

Selamat Hari Jadi Anakku (Mohamad Haikal)


14 February 1996 merupakan tarikh yang paling mama ingati dalam hidup mama. Kelahiran Haikal 14 tahun yang lalu masih segar dalam ingatan mama lebih dari kelahiran adik-adik yang lain. Ini kerana kelahiran Haikal telah menganugerahkan mama dengan gelaran ibu buat pertama kalinya, satu gelaran yang paling bererti buat semua wanita. Kelahiran Haikal juga merupakan hadiah "Valentine Day" yang sangat bererti dari baba untuk mama dan dari mama untuk baba. Semoga Haikal akan terus menjadi pohon yang subur tempat mama, baba dan adik-adik berteduh. Selamat Hari Jadi dari mama dengan doa restu semoga Haikal menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat..amin..

8 comments:

~Yatt~ said...

salam kak ryana..

happy birthday haikal..dah besar anak teruna handsome akak nie..anak sulung akan kita ingat sampai bila2 kan..almaklum ler..serba serbi pengalaman baru dalam hidup..

haikal..moga jadi anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan mama & baba di dunia & di akhirat..be a good boy k..rajin2 belajar.. ;)

azah said...

salam ryana..happy birthday buat Haikal..baru 14 tahun ke?? nampak besar dan tagap..akk ingat dah 16 th...anyway semoga menjadi anak kebanggaan keluarga dan menjadi role model utk adik2...bolehlah buat makan2 limau dan main mercun hari ni...

shas said...

Wah,handsomenya anak bujang ryana.Happy birthday,dekat je tarikhnya dgn anak akak.Acik Shas doakan semoga dimurahkan rezeki,menjadi anak yang soleh.Aminn.

nurazzah8 said...

Salam Ryana... ucapan Happy Birthday buat Haikal... wahhh dah besar panjang anak bujang ya... boleh buat calon menantu nih...hensem banget! hehehe...

Shariff64 said...

salam birthday haikal yg ke-14 yea..
dah besar bujang mak ni..harap2 rajin tolong mak ya..hensem..wajah ikut maknya,mesti anak mak kan.kan..

Mat Gebu said...

salam kak ryana...
Selamat hari lahir utk anak akak. moga panjang usia, murah rezeki dan dipermudahkan kehidupan di dunia dan akhirat....hensem anak akak, leh jadi model u....tapi bukan model teko okeyyy!!!!

azlina said...

salam ryana...
happy burthday to haikal..semuga menjadi anak yang soleh dan kebanggaan kedua ibu-bapa dunia dan akhirat...handsomenya haikal..blh buat menantu ni..he..he..
btw ok ryana duit tu nanti akk dah bank in akk bgtau yea...

Ryana said...

Salam semua.
Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan dan kebahagian Haikal. Salam juga daripada Haikal untuk Makcik2 dan pakcik yang baik hati.

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku