Wednesday, July 1, 2009

Pasu Inggeris Made In Japan

Salam semua. N3 ku kali ni ialah pasu antik dari Jepun yang aku jumpa dari sebuah kedai Nyonya di Pekan Tamparuli. Hasil hunting dari kedai apek semalam akan ku tunjukkan kemudian ya sebab dah tak sabar nak tunjuk pasu yang cute ni. Pasu ni aku jumpa dalam almari kaca lama kedai nyonya tu. Ada dua biji je yang tinggal. Rasanya pasu ni diperbuat daripada porselin kerana ianya begitu berkilau dan yang uniknya les emasnya juga nampak seperti saduran emas asli. Yang paling best nyonya tu letak harga rm12.80 sebiji tapi aku kata ngan dia,"kasi kuranglah nyonya pasu ni sudah buruk" dan nyonya tu jawab,"ok kira cincailah lu ambik 2, 18 linggit". Sukanya aku, nasib baik nyonya tu tidak pandai menilai barang lama klu tidak tentu dia letak harga yg tinggi untuk pasu yang cantik ni. Melihat kepada gambarnya yang begitu keinggerisan aku sangkakan pasu ni made in England tapi bila aku lihat kat montotnya rupa-rupanya made in Japan. Tulisan kat montotnya ini pun ditulis dengan dakwat emas. Itu sajalah untuk kali ni. N3 seterusnya aku akan tunjukkan pula pasu porselin yang aku jumpa kat kedai apek tempat aku jumpa pinggan dan cawan kopi tiam semalam. Selamat malam...

5 comments:

~Yatt~ said...

salam k.ryana..marbeles le pasu2 tu..dah ler murah..nie yang excited nak tengok lagi hasil hunting akak yg lain..hehehe..

Gee said...

Salam Ryana.

Untung Ryana. Tuah ayam nampak di tajinya, tuah manusia siapa tahu...
Teruskan usaha mengali...

Itajeff @Something To Share said...

selamat pagi cikgu..hehehe
ryana..tamparuli tu kampung my ma..how come i boleh terlepas brg2 lawa mcm ni..hehehe...ada satu kedai apek dkt panggung wayang lama, apek tu kami panggil 'kodom-kodom' (dusun language hehe) sbb mata dia asyik berkelip2 ja ndak pandai berenti hehehe...my sil ckp kedai dia byk jg piring2 lama...tp sampai skrg blum sempat2 lg menghunting p sana.. untung bah ryana ni dpt yg cun2 smua..

Ryana said...

Salam Yatt.
Nasib baiklah di sabah ni kaki antik tak ramai lagi klu tdk tentu apek2 & nyonya2 tu perasan yg brg dia orang tu tinggi nilainya.

Salam Kak Gee.
Betul kata kak Gee tu sebelum ni ingatkan dah tak dpt brg2 lama ni kat sini.

Salam Kak Ita.
masa jumpa tu trus terfikir kenapalah kak Ita blh tak nampak pasu ni (jangan marah ya). Tapikan kak Ita klu tdk tengok btl2 org tdk prasan coz kedai tu sebenarnya kedai jahit yg kecil saja.

Teratakantik said...

cantiknyaa...
tunjuk laa lagii weeii kat sini tak ada

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku