Thursday, July 9, 2009

Pinggan klasik Ala Inggeris

Salam Kawan2. N3 ku kali ini ialah tentang pinggan klasik ala Inggeris. Pinggan ini begitu istimewa bagiku. Pertama, kerana pinggan ini merupakan first hunting my hubby. Bestnya !nampaknya aku berjaya menjangkitkan virus antik (nasib baik bukan virus H1N1) ni kepada my hubby. Kedua, pinggan ni betul2 menggabung dua ciri yang begitu aku minati iaitu klasik/antik dan Inggeris. Masa mula2 nampak, aku sangka pinggan ni sama ngan pinggan dutchman yg aku jumpa di kedai apek kat Tuaran tapi rupanya pinggan ni jauh lebih cantik. Kualiti porselin pinggan ni sangat jauh bezanya dengan pinggan2 yang aku jumpa sebelum ini. Begitu juga dengan gambar pada pinggan ni yang begitu jelas dan terang. Selain itu terdapat juga corak timbul disekeliling bibir pinggan ni. Istimewanya pinggan ni ialah gambarnya bukan sahaja ada disekeliling bibir pinggan tetapi terdapat juga gambar yang lebih besar di tengah2 pinggan ni. Ini dia cop mohor di bawah pinggan ni. Cop ini pun tidak sama ngan pinggan dutchman yang hanya tertulis made in china sahaja. Selain pinggan ni ada ada juga beberapa biji mangkuk & piring sos yang my hubby beli. Nanti saya akan tunjukkan dalam N3 yang seterusnya ok..Wassalam.

4 comments:

azah said...

ryana..kat mana hubby ryana beli tu, share la sikit..hubby ryana pun dah berjangkit ya....hehe

Ryana said...

Salam kak Azah
Pinggan tu hubby saya jumpa masa outstation di LD. Saya ada beberapa biji. Klu nak nanti kita main barter2 ya..

azah said...

salam ryana..pinggan merah akak beli rm2.50, ryana beli berapa..tak taulah dia naikkan atau tidak sebab kat pinggan tu ada price tag...akak angkut semua hari tu, akak rasa akak nak guna pinggan ni kalau ada tetamu dtg ke sebab masa beli tu tak kotor sangat, dia letak atas rak...

ItaJeff said...

salam ryana...
bestnya hubby korang..siap boleh berjangkit lg..my husband sampai skrg belum2 jg kejangkitan hehehe. Kak Azah & Ryana, piring bunga rose yg kita beli di Tg aru tu jual RM4.80 kan..kat donggongan jual rm2.80 ja..

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku