Thursday, September 30, 2010

Pinggan Mangkuk Lama Pengganti Bunga di Hari Raya

Salam dan selamat sejahtera semua. PMR tak sampai seminggu lagi, debaran semakin terasa tapi kebanyakan pelajarku nampak selamba saja seolah2 diorang dah benar2 bersedia menghadapi peperiksaan tu tapi sebaliknya aku saja yang tahu. Sikap pelajar2 ku tahun ini betul2 membuatkan aku stress. Oleh kerana tak mau termasuk dalam statistik guru yang sakit jiwa di Malaysia aku pun buatlah n3 ni untuk mengurangkan stress. Seminggu sebelum raya aku dah rendam jambangan2 bunga yang berhabuk di rumahku malangnya aku hilang mood untuk menggubah bunga2 tu semula. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menggantikan bunga2 tu dengan susunan pinggan mangkuk lama. Ternyata bunga2 pada pinggan mangkuk lama tu mampu menceriakan suasana. Jom layan...















Sebakul pinggan mangkuk yang bermotifkan bunga mawar..














Peony merah aka teratai layu di tasik madu...














Jug retro bersama anak2nya..































3 tier rack yang dihiasi set2 lama (yg tak lengkap..) yang bermotifkan Bunga kangkung, Victorian rose dan Bunga lawang (iyakah bunga lawang?)































Corak belang ni pun nampak menarik juga. Bunga matahari tu hubby yang letak kang kalau aku alihkan merajuk pulak dia, bior ajelah...

Sekian dulu buat kali ini. Kepada rakan2 blogger sekali lagi diucapkan selamat hari raya aidilfitri, sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan sepanjang kita berkenalan maaf zahir dan batin dipinta...

2 comments:

NURAZZAH8 said...

Salam Syawal Ryana,
cantik tu susunan bunga..oppss..susunan pinggan mangkuk lama dalam baku dan rak..lebih cantik dari bunga-bungaan..
akak pun lebih suka susun pinggan mangkuk lama dari bunga2 palsu ni..kalau nak letak bunga, akak lebih prefer letak bunga hiasa yg real/pokok hidup .. sebab rasa lebih tenang tgk dedaun hijau ..kalau Ryana perasan kat gambar dlm blog akak jarang jumpa bunga tiruan hiasan ni, yg ada adalah pokok2 hidup...
cantik dan pandai Ryana menghias rumah..selalu tgk cantik aja rumah RYana kat gambar...

Ryana said...

salam syawal kak azzah,
betul kata akak tu bunga real lebih cantik kalau letak kat dalam rumah. dulu saya pun suka letak bunga hidup dalam rumah tapi sejak dah tak ada orng gaji ni banyak pokok bunga yang dah mati hehe....rumah akak pun apa kurangnya lagi cantik dengan hiasan bunga2 hidup tu...

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku