Saturday, January 2, 2010

'Lotus-Blue' by Johnson Brothers

Manufacturer Status: Discontinued Actual: 1979 - 1979 Pattern: LOTUS-BLUE by JOHNSON BROTHERS [JB LOTB] (Gambar dan informasi dari E-bay) Salam dan selamat malam semua. Tidak termimpi olehku untuk memiliki set JB sebelum ini. Ini kerana melihat kepada harganya dalam E-bay rasa berat juga bagiku yang berpendapatan tak seberapa ni. Namun akhir aku berjaya juga mengusung set ini masuk ke dalam rumah kecilku ini Bukan kerana aku dah banyak duit dan mampu membeli melalui E-bay tapi kerana aku bernasib baik menemuinya di " Apeks Collection". Sepeti biasalah kalau hasil buruan dari 'apeks' ni selalunya memang tak cukup ahli keluarga. Selain tak ada teko set ini hampir lengkap dengan sugar pot, creamer jug, pinggan kek, 6 keping piring kuih, 5 pasang suami isteri (cup and saucer) dan sekeping piring duda.(perhatikan gambar, duda tu telah aku kahwinkan dengan cawan janda yang berasal dari negara yang sama) Creamer Jug yang agak tinggi. (kalau dipandang dari tepi sebiji macam ayam seramakan?) Sugar potnya juga agak tinggi dan montok sekali... Yang ni pula 'Backstamp' pada piring. Pada cawan, sugar pot dan creamer jug hanya diukir dengan tulisan "Made in England" sahaja.

Agaknya kalaulah ada teko dia macam manalah bentuknya ya? Aku dah puas cari gambar teko dia dalam internet tapi tak jumpa. Kepada rakan-rakan yang memiliki teko set ni, tunjuklah, dapat tengok pun jadilah...

2 comments:

Gee said...

salam ryana,

memang sweet. untung ryana dapat byk harta karun.

Ryana said...

Salam Kak Gee.Tq kak. Kalau ada teko lagi sweetkan..

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku