Friday, January 22, 2010

Si Belang Yang Malang

Salam dan selamat malam semua. Setelah puas melihat kegembiraan keluarga2 yang ahli keluarganya bersatu, hari ini kita kongsikan pula kesedihan anak-anak malang dari Jepun ini yang telah ditinggalkan oleh ibu masing2. Aku menjumpai adik beradik Si Belang Biru, Si Belang Merah Jambu dan Si Belang Hijau ni tergolek di kedai apek. Adik beradik Si Belang Biru ni ada dua spesis. Spesis yang pertama, mempunyai belang biru besar pada bahagian bawah. Manakala spesis yang kedua pula, belang biru besarnya terletak dekat dengan mulut. Tanda lahir (cop mohor) pada kedua spesis ini juga tidak sama. Yang ini pula lima beradik Si Belang Merah Jambu. Si Belang Hijau ni juga terdiri daripada lima orang adik beradik. Menurut kata orang, ibu kepada Si Belang Hijau ni di kesan berada di sebuah rumah di Terengganu hehe....tengoklah Kak Chah kesian diorang tak ada ibu huk..huk.. Kepada sesiapa yang menemui ibu kepada anak-anak malang ini sila hubungi talian 0195832761. Ganjaran akan diberkan kepada sesiapa yang dapat menemukan mereka dengan ibu masing-masing. Sekian, terima kasih. Psst: jangan minta ganjaran mahal2 tau, kopak aku nak bayar untuk 3 orang ibu hehe...

6 comments:

TERATAK PUTERI said...

Alahai Ryana..!!! Kau buat jantungku bagai dirobek2 nih...Ibunya disini tengah menangis sob2 ni nengok anak2nya kat sana..hu..hu..hu..ciannyerrr..meh kat mak sini ye nakkkk...

MrsNor said...

huhu menjejak kasih ler nih ish ish ishhh chah ooo kecian ler kat ryana tu... satukan mereka

shima said...

salam ryana,
cuba pinang sibiru tu, kak shima tengok ada kat blog syida... tapi tak tahu la dia nak jual ke tak, dia ada teko, pinggan dan sugarpot.

sipinggandansicawan.blogspot.com/

Ryana said...

salam kak chah.
hehe...anaknya kat sini pun tengah menciak-ciak mencari ibunya yang hilang kak..

Ryana said...

Salam kak Nor
Betul kata kak nor tu, kak chah kena satukan mak dan anak2 tu kecian diorang..hehe..

Ryana said...

Salam kak shima.
Dah banyak pinangan ditolak kak..huk..huk

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku