Sunday, June 7, 2009

Koleksi Antikku yang sejemput

Assalamualaikum semua. Di pagi Ahad yang ceria ini ingin ku kongsi bersama koleksi antikku yang dahulunya terperuk di dalam almari. Sebenarnya suatu ketika dulu aku juga peminat pinggan mangkuk antik tetapi disebabkan di Sabah ni terlalu sukar untuk mencari pinggan mangkuk antik ni maka minat ku ini terbantut. Tambahan pula aku mula menggemari dekorasi ala Inggeris maka pinggan mangkuk ala Inggeris inilah yang mula mengambil tempat rak-rak hiasan di rumahku. Namun selepas melihat blog-blog kaki antik terutama abang Mat Gebu, Merahsamar, Teratakantik dan Yatt maka minatku kepada barang2 antik ni kembali membara. Pinggan mangkuk antik sejemputku yang dulunya terperosok di dalam almari telah ku susun di dalam rak gantung khas.
Bekas Gula, 1 set cawan kecil dan sebiji cawan tanpa piring yang kubeli dari sebuah kedai lama di Tawau, lapan tahun yang lalu dengan harga tak sampai RM20 rasanya.
Cawan-cawan ni pula ialah pemberian mak mertua. Cawan sebelah kanan mak mertua dapat semasa bekerja dengan sebuah keluarga Inggeris suatu ketika dulu(tapi cawan tu made in China)
Piring sos dan mangkuk ni pun aku beli di sebuah kedai lama di Tawau pada hari yang sama aku beli bekas gula dan rakan2nya tu tapi di kedai yang lain. Rasanya piring sos tu harganya RM0.50 dan mangkuk tu pula RM1.00. Masa tu ada banyak lagi tapi aku malas nak selongkar coz aku ni ala ngan habuk(bersin tak henti2). Menyesal pula rasanya tak beli banyak. Kalau kuingat balik barang2 yang ada di kedai tu mahu rasa aku terbang ke Tawau hari juga. (Tapi agaknya ada lagi ke kedai tu?).
Related Posts with Thumbnails

putera puteriku