Sunday, June 28, 2009

Tag dari Kak Azah

1. Copy badge "2008 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.Ok dah copy....
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)
Tag ni saya terima dari Kak Azah. Kenal kak Azah melalui alam blog. Tak pernah jumpa walaupun sama2 tinggal kat area Kota Kinabalu. Harap satu hari nanti dapat pegi hunting sama2 dan ajak Kak Itajeff sekali.Terima kasih Kak kerana sudi tag saya. 10 fakta/hobi diri saya:
1. Fakta yang pertama ialah saya ni memang malas menulis so jangan hairan ye kalau tag saya ni begitu ringkas sekali.
2. Saya seorang guru Matematik di sebuah sekolah menengah di pinggir bandar Kota Kinabalu.
3. Dilahirkan pada 19.11.1974 di sebuah rumah kecil yang terletak di tepi sungai Inanam.
4. Sebagai seorang guru Matematik hobi saya ialah mencari formula2 penyelesaian Matematik. (kalau dah dapat sampai pagi tak tidur, asyik dok 'mengetest' formula tu)
5. Sebagai seorang wanita,hobi saya tak lain dan tak bukan ialah bershopping. Shopping tak kira di mana, di gedung membeli-bela ke, di kedai2 runcit ke, di tamu2 (pasar minggu) ke dan yang terbaru ni tempat shopping kegemaran saya ialah di kedai apek2 tua.
6. Sebagai seorang surirumah tangga pula, hobi saya menghias rumah. Pantang nampak barang yang cantik mesti beli dan sumbat dalam rumahku yang kecil ni.
7. Minat ngan English deco sejak dari kecil lagi. Dulu kalau jumpa buku-buku yang tunjuk gambar perhiasan2 rumah mat salleh mesti belek berulang kali sambil berangan.
8. Minat ngan barang2 lama pun memang dah lama tapi 'terstop' sekejap. Tapi sekarang ni cinta tu dah berputik semula, semakin membara dan menyala-nyala.
9. Seorang yang sangat simple hingga adakalanya pegi sekolah pun tak pakai bedak.
10.Tak tau apa nak cakap lagi tentang diri ini. Cukuplah ye. Tq
saya serahkan tag ini seterusnya kepada:
* Kak Azlina (kakakku yang sentiasa memberi nasihat dan kata2 semangat yang sangat aku hargai)
* Kak Itajeff ( antara penggemar barang antik dan English deco yang kukenali melalui alam blog yg ada di Sabah ni)

3 comments:

azah said...

ryna mengajar kat mana? ini mesti guru yg cemerlang ni siap buat formula sendiri...nnt kita p rompak kedai apek sama2 ya..hehe

Itajeff @Something To Share said...

Salam Ryana...
wahhh tq sbb tagkan sy..hehe..insyaAllah dalam masa terdekat ni sy buat homework ni yer cikgu hehehe...
Azah, kalau p merompak tu..jgn lupa bawa sy sekali..the more the merrier tau hehehe...

Ryana said...

Salam kak Azah. Saya mengajar sekolah sama ngan Ummi.

Salam Kak Ita. Hujung minggu ni. Jangan lupa pergi rompak kedai apek kat Tuaran tu. Ajak Kak Azah sekali.

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku