Tuesday, June 16, 2009

Koleksi Pelitaku

Salam semua. Semenjak dua menjak ni banyak pula N3 pasal pelita. So kali ni aku pun nak kongsi sama koleksi pelitaku yang tak seberapa. Jom layan...
Pelita atas ni aku dapat dari sebuah kedai lama. Ada dua biji je yang tinggal tapi aku ambik sebiji je coz yang sebiji lagi tu dah tak ada chemeni. Mulanya nak biarkan macam tu je coz suka tengok bentuk chemeninya yang unik dan kaca tempat minyaknya yang berwarna coklat jernih tapi bahagian letak sumbunya dah karat dan tak suka tengok gambar 'amoi' kat tempat penyangkutnya. Maka terpaksalah dimakeoverkan(spray putih dan tampal decal cottage house). Cute jugakan? Ala-ala Inggeris gitu...
Pelita ni pulak aku ada dua biji. Sebiji masih dalam keadaan asal dan sebiji lagi aku dah bedakkan putih dan eye shadowkan ngan decal. Amacam cun tak dia?
Pelita yang ni pun aku jumpa kat kedai lama. Suka tengok bentuk chemeninya yang berbiku-biku tapi takut tengok gambar amoi kat bahagian penyangkutnya.(kawan aku kata amoi tu tentu dah lama mati). So aku spray putih gambar amoi tu dan tampal ngan decal. Ok jugakan.
Yang ni pulak aku dah bedakkan habis satu badan dan tampal ngan decal STP. Nampak romantik gitu.... Pelita merah dua sekawan ni aku dah beli dua kali coz yang pertama kali beli tu pecah pula sebiji jadi tak boleh nak gantung sebab dah tak seimbang. Aku tak puas hati, aku beli lagi sekali dan pelita yg tak ada kawan tu dah ada dua kawan pula.....
Pelita merah ni beli dari kedai yang sama ngan kedai pelita dua sekawan tu. Sebelum ni aku pernah nampak pelita ni yang kaler hijau (harganya RM4.90) tapi tak beli. Menyesal betul aku coz bila aku pegi balik kedai tu pelita tu dah tak ada. Aku tak puas hati aku tanya ngan taukeh kedai tu, frustnya aku bila taukeh tu kata, "sudah habisjual mah" .

7 comments:

Itajeff @Something To Share said...

Salam Ryana...cantik pelita yg sdh dimakeover tu...rajin jg ryana mengecat hehe. Ada 1 kedai di putatan dkt survey, jual brg dapur, ada jual pelita yg merah tu.

azah said...

salam ryana..beli kat mana pelita yg pertama dan last tu..cantik la..

Ryana said...

salam Kak Azah. Plita first tu beli kat kdi lama Pekan Donggongon tapi tak ingat nama kdi. Masa pegi tu ada 2 tapi sebiji x ada chemeni.Plita yang last tu beli kat kdi Living Cabine One Borneo.

Salam kak Ita. Dah buka skolah ni susahlah nak pegi hunting.Sdh pegi Tuaran ke kak? Banyakkah dapatan?

MrsNor said...

amboi amboiii rajin dia,semua pelita dia makeup kan...bravo. caya lahhh..cun gilerr

Ryana said...

Salam kak Nor.Tak pandai nak pakai makeup sendiri tu pasal gi makeupkan plita.

Itajeff @Something To Share said...

belum lagi lah ryana, insya Allah minggu ni balik kg, teruslah singgah Tuaran, kalau ada yg cun2 nnt kak upload gambar dlm blog :-)

azlina said...

cantiknya koleksi pelita ryana..unik dan ryana pn kreatif...bertmbh le seri pelita tu..nk2 plk yg cklat tu jrg org ada...

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku