Sunday, June 7, 2009

Pencarian pertamaku selepas 8 tahun

Asalamualaikum semua. Kali ini ingin aku kongsikan bersama pengalamanku dan penemuan pertamaku selepas lapan tahun pencarianku mencari barang2 antik terhenti. Hari Rabu yang lalu aku bersama seorang teman pergi ke tamu(pasar mingguan) Pekan Tamparuli. Melihat kedai-kedai lama(papan) di situ hatiku berbunga, tentu banyak pinggan mangkuk lama yang dijual disitu. Namun naik lenguh kaki keluar masuk kedai-kedai tu satu pinggan mangkuk lama pun tak ada. Tokeh-tokeh kedai tu pun dah pandang semacam ngan aku. Mana tidaknya setiap kali aku masuk ke kedai2 tu mata aku melilau mencari sesuatu. Ada sorang apek tu tanya aku "apa cali oh?". Bila aku bagi tau dia benda yang aku cari, dia terkejut dan jawab "mana ada jual itu macam punya balang sikalang oh". Bengangnya aku!, kedai saja lama tapi barang-barang yang dijual semuanya yang baru. Namun kekecewaanku terubat apabila masuk ke sebuah kedai tu, tokeh dia seorang nyoya tua. Dalam almari cermin kedai tu, aku ternampak sebuah teko bercorak buluh. Nyoya tu kata teko tu mak dia beli semasa dia muda lagi. Entah betul entah tidak nyonya ni coz klu aku tengok umur nyonya tu lebik kurang 70-an. Klu betullah, tentu teko tu sdh berumur lebih 80 tahun. Tak kisahlah berapa umur teko tu aku rembat je coz harganya RM10 je. Lepas tu nyonya tu tunjuk pula beg tangan dia masa muda-muda dulu(kata dialah)" lu angkatlah sepuluh linggit"katanya, cantik juga. Yang bestnya dia kata,"saya punya lumah ada banyak piling2 lama, kalau sinang nanti saya bawa". Nampaknya lepas ni jenuhlah aku mencari tanah liat untuk menyamak pinggan2 cina tu.(dapat tau dek suami tentu kena marah punya). Oklah apa-apa pun aku tunjukkanlah penemuanku di Pekan Tamparuli tu . Kakak2 dan abg2 yang lebih senior dalam barangan antik ni berilah komen ye coz kata orang "Hanya jauhari yang mengenal manikam". Tq

1 comment:

ItaJeff said...

Ryana....Tamparuli tu kg halamanku hehehehe...sampai ke truli hunting ek...hehehe. Tp beg tu mmg vintage lah, untung ryana dpt.

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku