Salam semua. Tak sabar rasanya aku berkongsi harta karun yang aku jumpa di rumah dua pupuku. Al kisahnya, selepas balik dari hunting tadi, aku pergi ke rumah dua pupuku untuk menempah baju raya. Mungkin sdh rezeki ku hari ini, bila aku masuk ke dapur rumahnya(nak pinjam bilik air) maka terlihatlah olehku susunan pinggan yang berhabuk di dalam almari dapurnya.Selepas membelek pinggan2 itu aku hampir melompat kerana terlalu gembira. Rupa-rupanya pinggan2 tu ialah pinggan2 lama yang pernah digunakan oeh arwah makcikku di gerai makannya sekitar tahun 70-an dahulu. Untuk kali ini aku kongsikan dulu sebiji pinggan yang begitu mengimbau kenanganku sewaktu kecil dahulu. Yang lain tu aku akan masukkan dalam n3 akan datang coz masih dalam proses pembersihan.
Monday, June 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kak cantek sgt coraknya..teringat pada pinggan nenek di kampong yang ada corak 4 segi kale biru tu disekelilingnya tapi yg tu kale coraknya merah...
Tq mummyseri.Akak pun setiap kali melihat pinggan ni rasa sayu pulak.Tak sangka dapat jumpa balik pinggan ni.
Yang ni memang lama dan unik..rasa2 nya arwah nenak kami pun ada tapi piring kecik untuk isi sambal...kalau tak silap buatan Jepun.....
Mungkin juga dari Jepun Abg Mat coz di belakangnya tak ada cop atau made in mana.
Post a Comment