Friday, June 19, 2009

Lambang Kasih Seorang Bapa

Selamat pagi dan salam sejahtera semua. Di pagi hari penghulu segala hari ini ingin ku kongsi bersama koleksi kesayangan bapa . Bapaku bukanlah penggemar barang-barang lama seperti kita, tetapi set Dumex ini sungguh bermakna buatnya kerana ia mengingatkannya kepada arwah kakakku. Arwah kakakku dilahirkan sebagai anak istimewa. Semasa kecil arwah hanya bergantung kepada susu sahaja untuk meneruskan hidup dan sedikit bubur nasi. Sehingga ke akhir hayatnya arwah kakakku hanya mau makan nasi dengan kuah semata-mata. Arwah kakakku meninggal semasa berusia 15 tahun. Masih terbayang jelas di mataku kesedihan bapaku ketika itu walaupun pada masa itu aku baru berusia 12 tahun. Berbulan lamanya bapa berulang alik menziarahi kubur arwah kakakku, hampir setiap hari. Padanya terlalu banyak suka duka dan susah senang yang dilalui bersama arwah kakakku yang sukar dia lupakan. Bapaku seorang ayah yang penyayang. Perhatian dan kasih sayang bapa kepada kami (empat beradik, semuanya perempuan) tidak pernah berubah walaupun kami sudah mempunyai keluarga masing2. Pipi kami masih lagi dikucup seperti ketika kami kecil dahulu setiap kali kami bersalam dengan bapa. Aku tidak dapat membayangkan kalau suatu ketika nanti kami akan kehilangan bapa, kerana kehilangan suaranya pun berbulan-bulan lamanya aku berada dalam kesedihan.(Peti suara bapa telah dibuang kerana ada ketumbuhan). Sukar untuk aku menerima hakikat bahawa suara yang telah kudengar dari kecil, sudah tidak kan lagi aku dengar. Namun ketabahan bapa memberi kekuatan kepada kami. Bapa seolah-olah tidak merasa kekurangan yang ada pada dirinya. Kini bapa telah boleh bercakap dengan menggunakan alat khas yang ditempah dari US. Walaupun tidak dapat bersuara seperti dulu tetapi sekurang-kurang bapa dapat berkomunikasi dengan baik menggunakan alat itu. Kadang-kadang percakapan bapa menjadi gurauan kepada cucu2nya, "suara bapa macam robotlah"(semua cucu2 bapa memanggil bapa dengan panggilan bapa). "Selamat Hari Bapa" kepada ayahku, Awang Hj Juali semoga Allah memberikan kesihatan yang baik dan menyayangi bapa sebagaimana bapa menyayangi kami". Amin

11 comments:

Teratakantik said...

salam,,
jagala bapa sebaik mungkin..jagalah sebagimana kita jaga diri kita..

Ryana said...

Terima kasih kak Sue

D'Classic said...

Sedihnya baca...akak teringat arwah ayah yg telah pergi buat selamanya pada 2005...akak sangat rindu ayah......jaga ayah baik2 ya sementara masih ada.....
akak ada sedikit aja koleksi dumex ni...

~Yatt~ said...

salam k.ryana..sedey baca n3 akak arini..lagi bererti kan kalau koleksi pgn mgkuk yang kita dpt tu mempunyai nostalgia di sebaliknya..

Mat Gebu said...

salam..sungguh tersentuh dengan coretan kali nie...meresap ke dalam jiwa dan rasa insaf tu terus melanda perasaan...

Ainie said...

jaga lah bapa seperti nyawa kita sendiri huhhhhh..

MrsNor said...

salam ana..tersentuh baca coretan ini. Jagalahdan sayangilah bapa sebaik mungkib sementara dia masih ada.

Anonymous said...

salam Ryana..sedihnya baca entri ni..
begitu sekali kasih sayang seorang bapa pada anak2nya...

Selamat Hari Bapa untuk bapa2 kita...

Ryana said...

Terima kasih kak sarah,Yatt, Cik Mat,Ainie, Kak Nor & Kak Inna. Sama2lah kita mendoakan kebahagian dan kesejahteraan ayah kita. Walau di mana pun mereka berada mereka tetap ada di hati kita.

azlina said...

salam ryana tersentuh akk membaca tulisan ryana...jaga bapa ryana baik2..mcm akk dah tiada bapa ni mmg sedih..tapi hidup mesti di teruskan biarpun aruah tlh tiada tetapi kenangan bersamanya tetap segar dlm ingatan..

umi_e said...

semoga ayah ryana akan terus sihat :)

* kak e pun ada satu set cawan & teko pemberian mummy kak e (Koleksi tukar coupon DUMEX yang bertahun2) Banyak yang telah pecah atau dibuang oleh adik yang menganggap ia barang lama dan untuk menyelamatkan sisa2 yang ada mummy berikan pada kak e :)

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku