Salam Jumaat semua. Kali ini aku nak kongsikan kegembiraan mendapt set lengkap yang pertamaku. Sepanjang pencarian/hunting ku ini pertama kali aku mendapat set lengkap seperti ini(itu pun hubby yang tolong). Set ini hubby dapat di sebuah kedai lama dekat tempat dia bekerja. Tapi tak tau bunga apa. Nampak macam bunga kekwa juga. Tapi bab2 bunga ni Yatt yang lebih arif kan? .
Oleh kerana tengah rushing ni tak dapatlah nak tulis bnyak2. Apa2 pun jom tengok sama2 ye...
Friday, July 24, 2009
Wednesday, July 22, 2009
From Kudat With Love
Salam semua. Tentu ramai peminat pinggan mangkuk lama di Sabah yang membaca tajuk N3 kali ni terujah dan dah nak terjah kedai-kedai apek di Kudat, terutama Kak Azah coz kalau tak silap hubby dia bertugas di sana hehe...ampun kak!. Sebenarnya harta karun ni bukanlah hasil huntingku di kedai2 lama kat Kudat tu tapi pemberian Kak Shima (Kerani di sekolah yang baik hati). Oleh kerana dia tahu hobi baruku yang suka mengumpul pinggan mangkuk lama ni, dia sanggup ke rumah saudara maranya di Kudat untuk mencarikannya untuk aku. So N3 kali ini
Menurut Kak Shima bekas gula bertemakan Inggeris ni dia ambil di rumah makciknya. Dulu lengkap satu set tapi sekarang dah tinggal bekas gula ni saja yang selalu digunakan untuk membakar kemenyan. (masa dia bawa hari tu masih ada sisa kemenyan )
khas untuk kakak. Lihatlah barang-barang yang telah berkurun lama terperuk diceruk dapur
rumah saudara mara kakak sudah menjadi hiasan di ruang tamuku.


Cop di bawah bekas gula ni menunjukkan dia di buat di Jepun sama dengan pasu ala Inggeris yang aku jumpa di Tamparuli tempoh hari.(Porselin dia pun sama, berkilat dan disepuh warna keemasan)
Hairan jugakan kenapa Jepun suka mengeluarkan pinggan mangkuk ala Inggeris ni coz bukankah Inggeris tu musuh ketat dia dulu?
Cawan bunga hitam ni dia bagi tiga pasang. Suka sangat tengok bunga dia yang terang dan
porselinnya yang putih gebu. Cawan2 ni agak tipis dan ringan.
Cop mohor di bawah cawan dan piring pernah nampak dalam satu blog tapi lupa blog siapa.
Gambar bangau yang sedang posing maut menurut blogger tu.
Cawan ni tak ada piring (mungkin laki dia dah tinggalkan dia sebab dah cacat(sumbing).
Suka juga cawan ni coz boleh kawankan ngan cawan pemberian arwah MIL.
Pinggan makan ni dah sumbing di sana sini namun masih cantik di pandangan mataku.
Menurut Kak Shima pinggan di jumpa di bawah almari rumah sepupu dia.






Tulisan made in China di bawah pinggan berwarna hijau. Berbeza ngan tulisan di pinggan yang
aku jumpa di kedai apek yang berwarna merah.
Walaupun aku dah ada banyak piring dan pinggan bunga kangkung tapi piring ni agak berlainan.
Selain bunganya yang lebih terang piring ini lebih nipis dan ringan. Permukaan piring ini juga
begitu licin sekali.
Perbezaan juga dapat dilihat pada cop di bawah piring ni.
Dalam banyak2 barang pemberian Kak Shima ni piring kuih wild rose ni yang paling aku suka tengok. Selain bunganya yang terang corak bibirnya yang berbiku-biku sungguh manis di
pandang.
Cop mohor di bawah piring ini pun belum pernah aku lihat pada pinggan mangkuk yang
ada dalam simpananku. Sama seperti piring bunga kangkung, piring ini jua agak nipis
dan ringan selain permukaannya yang begitu licin.
Mangkuk kuah ni sebenarnya masih lagi digunakan di rumah Kak Shima. Emak kak Shima pun naik hairan bila dia bagi tau dia nak bagi mangkuk ni pada kawan dia yang tengah mengidam
pinggan mangkuk lama ni. Selalunya orang mengidam makanan ini megidam pingan pula
(hairan2)





Sunday, July 19, 2009
Mangkuk 4 Roses





Cop di bawah kedua-dua mangkuk ini juga tidak sama.
Setakat ini sajalah untuk kali ini ya. Bertemu lagi di lain N3 ok. Wassalam....
Saturday, July 18, 2009
Teapot Comel & Creamer

Friday, July 17, 2009
Tangkapan Terbaik

Salam semua. Walaupun pun mataku dah mengantuk sangat namun ku gagahi juga buat N3 untuk tangkapan terbaruku ini (sebenarnya my hubby yang tolong tangkap hehe... ). Masa hubby email gambar set ni, aku begitu gembira sekali coz ini merupakan hasil terbaik yang aku dapat setakat ini (kesiannya aku..). Walaupun pun tak lengkap set seperti yang ada kat rumah Kak Sue & Yatt, namun cukup mengembirakan aku. Thanks bang, Luv u so much...
Bekas gula ni sebenarnya tak ada penutup, pinjam penutup teko Dumex untuk sesi penggambaran
Bekas susu ni, bunga dia agak cerah daripada bunga pada teko dan bekas gula tu. Tapi rasanya mungkin dari set yang sama coz bentuk fizikal pun sama "pindik2 tagap" dan dari kedai yang sama.
Gelas ni ada dua biji saja, itu pun dah janda (tak ada piring). Nantilah kalau aku sampai di sana aku nak selongkar stor apek tu coz mungkin ada tapi dia malas nak cari (macam apek muka panjang kat Tuaran tu). Bunga kat cawan ni sama warna ngan bunga kat bekas susu tu.

Teko ni bentuk dia berbeza dengan teko Kak Sue dan Yatt kan? Bentuknya agak bulat dan pendek. Bak kata orang Sabah "pindik2 tagap"
Gambar bunga di kedua-dua bela teko tak sama. Yang belah ni bunga dia sekuntum je.



Oklah, itu sajalah untuk kali ni. Sebenarnya ada lagi tangkapan lain yang sejala ngan set ni tapi belum cuci lagi. Tunggu N3 yang seterusnya ye... .Wassalam
Tuesday, July 14, 2009
Teko Hasil Outstation



Thursday, July 9, 2009
Pinggan klasik Ala Inggeris
Subscribe to:
Posts (Atom)