Monday, June 29, 2009
Hasil hunting yang tak dirancang
Salam semua. Dah lama tak buat N3 kan? Bukan apa akhir2 ni sibuk sangat di sekolah dan ditambah lagi dengan musibah yang melanda keluarga kami. Hari ini aku tidak pergi mengajar kerana migrainku datang lagi. Sakitnya hanya Tuhan yang tau. setelah agak redah sedikit aku pun memandu menuju pekan Tuaran untuk ke klinik panel kami. Biasanya klinik di Pekan Tuaran ni tak ramai orang datang sebab tu aku suka ke sini. Tapi petang ni lain pula, klinik tu penuh dengan student2 yang nak buat medical check-up. Memandangkan giliranku lama lagi aku pun masuklah kedai apek yang ada dekat situ. Tak sangka pula kali ni nasib ku sangat baik. Mula2 aku jumpa pinggan bunga padi pada sebiji ( hari tu aku dah beli 2 biji) bersebelahan ngannya pula aku nampak pinggan bujur kangkung 4 musim 2 biji (hari tu tak ada pula). Aku tak puas hati, aku tanya apek tu, "ada lagikah?". Apek tu kata, "itu macam sudah habis, ada lain maukah?". Aku macam tak percaya bila apek tu bawa keluar harta2 karun ni. Jom tengok ramai-ramai ye. (Sorry belum sempat sental, migrain datang balik, tadi kat kedai apek tu hilang pula)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
rajinnya mencari pinggan mangkok lama...
* nasib baik kak e masih belum tersampuk hehehehehhe :D
amboi amboi ryana... habis brg kat kedai licin dia sapu....
habis la kedai apek tu...heheh
salam ryana...
byknya borong...kalau ada nmpak pelita tu jgn lupa bgtau akk ..yea..he..3x
salam kak, pic pertama tu, piring kuih ek?...saya pulak ada set cawannya...
Salam Ryana..
wahhh...byknya hasil hunting hehe...ni kedai yg sebelah mana ni ryana? Lawalah yg bunga biru tu?
alamak..dah ada saingan ke? ni mesti silent readers..kena cepat2 ni..awat tak ajak akak sama..bagi no tel, kita call each other..pegi hunting sama2...ita wanna join?..cepat2 kita pusing semua kedai apek kat kawsan2 kk
Salam Kak e.jaga2 sikit kak , klu dah tersampuk tak ada bomoh yang blh ubat.
salam Kak Nor & kak Kathy. Saya tak sapu semua, tinggal sikit untuk kak Azah & kak Ita.
salam kak Azlina. jangan bimbang klu nampak pelita mesti ingat kat akak.
Salam cik Mat. Piring kuih tu bunganya mmng sama ngan cawan cik Mat. saya ambik bnyk tu, klu nak barter bagitau ye
salam kak Azah & Kak Ita. piring & cawan tu ada banyak lagi tau tapi kena tanyalah coz taukeh tu simpan dlm stor(dia kata belum senang mau susun) Pegilah cepat. Kedai tu sebaris ngan bank OCBC.
Post a Comment