Friday, July 17, 2009

Tangkapan Terbaik

Salam semua. Walaupun pun mataku dah mengantuk sangat namun ku gagahi juga buat N3 untuk tangkapan terbaruku ini (sebenarnya my hubby yang tolong tangkap hehe... ). Masa hubby email gambar set ni, aku begitu gembira sekali coz ini merupakan hasil terbaik yang aku dapat setakat ini (kesiannya aku..). Walaupun pun tak lengkap set seperti yang ada kat rumah Kak Sue & Yatt, namun cukup mengembirakan aku. Thanks bang, Luv u so much...
Teko ni bentuk dia berbeza dengan teko Kak Sue dan Yatt kan? Bentuknya agak bulat dan pendek. Bak kata orang Sabah "pindik2 tagap"
Gambar bunga di kedua-dua bela teko tak sama. Yang belah ni bunga dia sekuntum je.
Bekas gula ni sebenarnya tak ada penutup, pinjam penutup teko Dumex untuk sesi penggambaran
Bekas susu ni, bunga dia agak cerah daripada bunga pada teko dan bekas gula tu. Tapi rasanya mungkin dari set yang sama coz bentuk fizikal pun sama "pindik2 tagap" dan dari kedai yang sama. Gelas ni ada dua biji saja, itu pun dah janda (tak ada piring). Nantilah kalau aku sampai di sana aku nak selongkar stor apek tu coz mungkin ada tapi dia malas nak cari (macam apek muka panjang kat Tuaran tu). Bunga kat cawan ni sama warna ngan bunga kat bekas susu tu.
Oklah, itu sajalah untuk kali ni. Sebenarnya ada lagi tangkapan lain yang sejala ngan set ni tapi belum cuci lagi. Tunggu N3 yang seterusnya ye... .Wassalam

11 comments:

Gee said...

Salam ryana.

Kalau jumpa teko dan ade lebih yang seangkatan dengannye, jgn lupa tlg belikan untuk kak gee juga. Cantik dan geram kak gee tgk lah.

umi_e said...

salam... seronoknya ryana :P

* syukur dapat hb yg begitu memahami diri :)

Teratakantik said...

salam ryana,,,,,,

wauu tangkapan yang lumayan laa ...lawa ..lawa laa tekonya tuu ,,,akak pun lum pnh jumpa teko munge mcm ini cantikk sgtkan

Ryana said...

Salam Kak Gee.
Klu jumpa lebih apa salahnya kak.

Salam Kak E.
Memang seronok sangat kak mcm dapat intan berlan pula.

ItaJeff said...

Salam..
wah..ni hasil yg paling da boom lah ni ryana...mmg nampak very the vintagey one lah hehehe...pindik2 tagap tu yg mahal tu hehehe. Dpt di LD juga ka?

Ryana said...

Salam Kak Sue

Munge dia kak Sue dah adalah, bentuk teko je yg lain.Saya nampak dalam N3 bungabiru akak.Itulah bnyk sngt koleksi, sampai dah x ingat hehe...

Ryana said...

Salam Kak Ita.

Yalah Kak itu trade mark org Sabah kan? Yang tu dpt kat Sndkn kak.Hubby kerja di sana, setiap weekend baru balik tapi tak sabar tunggu saya srh dia hntr by bus.

MrsNor said...

salam ryana
Cunnya teko tuu. Akak tak ada lg bunga tu. Kalau ada lebih, jual kat akak iyer

~Yatt~ said...

salam k.ryana...whaaaaaaaaa..manyak cun ler akak..saya ada gak koleksi munger nie..tapi teapot biasa & children teaset cam k.sue tu..banyak tak teapot cam akak tu..kalau ader lebih..nak gak pesan..sanggup masuk dlm waiting list yg ntah ke berapa nie..hehehe,,

Ryana said...

Salam kak Nor & Yatt

Tak sangka ramai pula yang jatuh cinta ngan teko ni. Kalau ada lebih apa salahnya tapi malangnya itu saja yang ada kat kedai apek tu.Agaknya apek tu tentu hairan sebab sblm ni orang dah tak nak coz tak cukup set, tiba2 ada pula org yang berminat nak beli.

nizie said...

salam kak. ada brgn antik yg kakak beli d tuaran?? kdai mn 1 ar?? aku org tuaran sndri pun xtau :P cz baru berjinak2 dgn english style sejak 2 3 bulan ni..plzzZzzz...tlg dlu org susah ni hehehehe..TQ

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku