Monday, February 1, 2010

Koleksi Five Roses Ku

Salam semua. N3 kali ini ialah mengenai koleksi 5 roses ku yang tak seberapa ini. Koleksi 5 roses ini merupakan salah satu koleksi yang menjadi buruan peminat-peminat pinggan mangkuk klasik termasuklah aku.Walau macam manapun giatnya aku berburu ini sajalah hasil yang aku dapat. Layan sajalah ya...

Teko yang kurus langsing ni aku jumpa kat kedai yang jual peralatan sembahyang cina. Tentu tokeh kedai tu pelik, apa hal pula orang Melayu ni terjenguk2 kat kedai dia.Masa menjenguk di kedai tu aku nampak teko ni di atas para dekat siling kedai tu.Apa lagi aku tanpa segan silu terus je masuk kedai tu dan suruh apek tu ambik. Bila apek tu bawa turun aku kecewa melihat kecacatan teko ni. Oleh kerana suka aku ambik juga, yang geramnya apek tu masih nak jual mahal teko yang dah cedera parah ni. (mungkin sekali ngan upah dia panjat para tu, nasib baik tak jatuh hehe...) 

Teko teh cina yang comel loteh ni pada mulanya ada sebiji je, my hubby yang dapat. Masa hubby jumpa apek tu kata tinggal itu je tapi bila aku pegi aku nampak ada sebiji lagi dalam almari kaca kedai tu, apa lagi aku rembatlah. Bila aku tanya apek tu kalau2 ada lagi, dia kata, "tdk tau oh, mungkin ada mungkin tidak, tiada masa mau cali". Haiya!  itu pun susahkah, kalau dia suruh aku cari sendiri pun aku sangguplah, apalah apek ni ,orang nak belilah bukan nak minta percuma.. 

Mangkuk nasi 5 roses ni aku aku ada dua jenis. Jenis yang pertama ni, bunga dia sama saiz dan terdapat tiga tompok bunga pada mangkuk.

Mangkuk nasi yang ini pula, bunga dia tidak sama saiz dan ada 2 tompok bunga je


Piring kuih dua keping ni merupakan koleksi 5 roses ku yang pertama. Dapat kat kedai apek di Pekan Tuaran. Kak Azah pun dapat dari sana juga .Itulah pot kami yang pertama di sini, sekarang kalau pegi pun dah tak ada sebiji pun lagi pinggan mangkuk lama yang tinggal, habis licin kena sapu oleh orang2 macam kita hehe... 

Cawan2 ni adalah koleksi 5 roses ku yang terbaru. Dapat dari Kak Nur Salam, ada 3 set cwn kelamin dan sekeping piring duda. Sebenarnya dia duda buat sementara waktu je sebab bini dia masih tertinggal di sarawak. Kes tersalah bini..hehe..

Inilah dia set cawan 5 roses yang telah tersalah bini, skali bini dia si bunga lawanglah pulak hehe..
Oleh kerana dah terlanjur sampai ke sini terpaksalah aku minta kak Nur hantar laki dia dan satu set saudara dia sekali ngan bini si piring duda tu. 

Nasib baiklah kat rumah ku ini ada mak dan ada kecil dia, taklah si bunga lawang ni sunyi sementara laki dan saudara dia datang. Teko bunga lawang ni sebenarnya aku dah beli lama dari Kak Sue Antik. Cawan cinonet tu pula dapat dari apeks.

Nampaknya itu sajalah untuk kali ini. Mata pun dah ngantuk sungguh ni. Esok kat sekolah kerja pun dah banyak menanti...Monday Blues..

4 comments:

Teratakantik said...

SALAM RYANA,

aduhaii dah bnyk tuu ..cantikan bunga ni akak pun suka

Ryana said...

Salam Kak Sue.
Jauh dr banyak banding ngan akak punya hehe..

Teratak Rohas said...

salam ryana, salam perkenalan...
cantik koleksi 5 roses ni..sy tgk ada 1 xtra teko, nak barter tak dgn mug 5 roses?

Ryana said...

salam perkenalan Rohas.
Memang ramai yang berkenan ngan teko tu tapi sayang orang dah pinang..

Related Posts with Thumbnails

putera puteriku